CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yakin Kerjasama Dengan Manchester City Jadi Kenyataan - Syed Saddiq

31-5-2019 11:49 AM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 1621| Komen: 3|Original author: Oleh: Mo Firdaus


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin bahawa kerjasama dengan Manchester City menjadi kenyataan.

Syed Saddiq berkata, mesyuarat mengenainya diadakan di bangunan Kementerian itu Khamis lepas, melibatkan kehadiran Ketua Pengarah Majlis Sukan Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Tengku Zafrul Aziz.

"Dalam mesyuarat itu bukan hanya saya seorang. Pegawai saya dan Pegawai Manchester City juga ada, mereka dengar (berkaitan pembelian kelab) dan sebelum sidang media juga saya telah memaklumkan untuk bercakap mengenai dua perkara berkenaan. Ia dipersetujui.

Foto Malaysiakini

"Sesetengah orang langsung tidak boleh menerimanya tapi tak apalah, ia bermakna kita perlu bekerja keras untuk melaksanakannya, bukan itu sahaja tapi juga dari segi kolaborasi masa hadapan dengan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (MDA).


"Apa yang saya mahu ialah semua orang, tidak kira siapa, untuk datang dan bersama kita bina bola sepak negara," katanya dipetik Bernama.

Syed Saddiq menjelaskan bahawa disebabkan perancangan dalam tempoh masa yang singkat, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat hadir mesyuarat dengan CEO Manchester City, Ferran Soriano.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tengku Zafrul dari CIMB kerana menghadiri mesyuarat itu. Kami akan memaklumkan FAM mengenainya, katanya lagi.

Berhubung perbincangannya dengan pemilik Manchester City, Mansour bin Zayed Al Nahyan Khamis lepas, Syed Saddiq berkata pemilik kelab itu sedang menimbangkan kemungkinan membeli salah satu kelab bolak sepak di Malaysia.-CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 31-5-2019 01:52 PM
owner Man City nak beli kelab mana satu??
Quote HannahMontana 31-5-2019 03:29 PM
Yakin nya kamuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Quote CiliPadiSedap 31-5-2019 07:36 PM
Nak lawan tmj ke ? Tmj tisu bahu dia sado pernah terima latihan specia komando dekat india. Lawan tisu bahu pun dh cukup

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054295 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top