Pelakon Rita Rudaini rimas dengan pelbagai macam soalan pelik yang diajukan oleh peminat setiap kali memuat foto baru di instagram. Dalam satu entri terbaru di instagram Rita telah hilang sabar apabila netizen mempersoalkan mengapa anak lelakinya semuanya kurus.
Foto: IG Rita Rudaini Rita, 43, membalas kenyataan itu dengan menjelaskan faktor genetik ahli keluarganya yang tidak gempal. "Anak-anak saya sentiasa minum susu. Bila orang cakap kenapa kurus? Dah keturunan badan belah-belah kami tiada yang gemuk" "Doktor cakap tidak payah risau kerana mereka tampak aktif dan itu tandanya mereka sihat," tulisnya.
Rita juga berkata bentuk tubuh seseorang itu tidak menggambarkan keadaan kesihatan seseorang. "Tidak semestinya gemuk itu sihat dan kurus itu sakit," katanya lagi. Foto: Google Rita Rudaini berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 dan bercerai pada 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8. -CARI |
Idgaf replied at 30-5-2019 10:44 AM
bagus la budak2 kecik kurus n fit n sihat.
sejak bila kene gemok.
anony-mous replied at 30-5-2019 10:44 AM
Wei mmg sentap ok bila org ckp ank kita kurus org gemuk tau pulak sentap. Tp bila tgk org kurus, ...
anony-mous replied at 30-5-2019 10:44 AM
Wei mmg sentap ok bila org ckp ank kita kurus org gemuk tau pulak sentap. Tp bila tgk org kurus, ...
bbalik replied at 30-5-2019 11:17 AM
org perelih mmg baka kuruih kot
ridrud
fairy_fairy replied at 30-5-2019 11:27 AM
Biarpun makcik ni kerjanya meroyan jer, tapi baguslah anak-anak dia kurus and fit daripada kecil. On ...
ADVERTISEMENT