Wira Egg Boy, Will Connolly membuktikan dia memiliki hati mulia apabila mendermakan keseluruhan dana yang diterima untuk menampung kos guamannya kepada mangsa-mangsa tembakan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand. Memetik status Connolly, 17, menerusi Instagramnya, sebanyak 99,922.36 dolar Australia (RM290,346.82) berjaya dikumpulkan melalui dua laman GoFundMe yang mula dibuka pada pertengahan Mac lalu. Dana itu pada mulanya bertujuan membiayai kos guaman setelah remaja tersebut dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakannya membaling telur ke kepala seorang senator Australia, Fraser Anning. Insiden berkenaan menjadikan Connolly popular dan disanjung ramai dari seluruh dunia yang bersimpati dengan mangsa tragedi terbabit. Banyak pihak menyatakan sokongan terhadap tindakan berani Connolly itu kerana mereka marah dengan kenyataan Anning yang menuduh imigrasi umat Islam menjadi punca serangan kejam melibatkan dua masjid di Christchurch. Connolly menjelaskan, dia tidak memerlukan lagi dana tersebut kerana firma guaman Gordon Legal akan mewakilinya di mahkamah secara pro bono. Jadi, katanya, semua wang yang dikumpulkan telah dipindahkan kepada akaun sebuah badan kebajikan, Christchurch Foundation and Victims Support. "Saya mengambil keputusan untuk mendermakan semua dana berkenaan untuk membantu mangsa serangan berkenaan. Ia bukan milik saya untuk disimpan," katanya. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dana tersebut. Semoga lebih ramai remaja di seluruh dunia yang bersikap berani dan berhati mulia seperti Egg Boy Will Connoly. - CARI
|
8
Bagus |
3
Marah |
6
Terkejut |
Sedih |
6
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT