CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Keracunan Makan Ayam Pedas Di Bazar

30-5-2019 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8307| Komen: 67

Sepasang suami isteri keracunan makanan selepas makan ayam pedas yang dibeli di sebuah bazar Ramadan Pasar Gok Kapur, Kota Bharu pada Isnin.

Syaherah Mustafa, 27, dan Ahmad Fikri Mohamad, 29, dilaporkan Sinar Harian mengalami muntah-muntah dan cirit-birit sejak makan ayam pedas berkenaan.



Foto: Sinar Harian

Menurut wartawan sambilan sebuah agensi berita itu, dia singgah ke bazar berkenaan pada petang Isnin bersama rakannya yang turut membeli lauk lain dari gerai sama.

Katanya yang percaya keracunan berpunca dari gerai berkenaan, rakannya turut mengalami gejala sama, namun tidak seteruk dialami pasangan terbabit.

"Saya beli dua ketul ayam dan semasa hendak berbuka saya baru perasaan, salah satunya sudah kebiruaan.


“Saya cubit sedikit isi ayam tersebut, tapi setelah memakannya saya meludahkannya semula kerana bau dan rasa yang busuk, suami juga melakukan perkara sama.

“Tidak lama lepas itu, saya dan suami mula berulang alik ke tandas sehingga tidak dapat tidur dan saya yang paling teruk terjejas sehingga terpaksa mengambil cuti sakit sejak semalam,” katanya.

Berikutan keadaannya yang semakin lemah dan tidak bertambah baik, mereka mendapatkan rawatan di sebuah klinik  kesihatan Pasir Mas pada petang semalam.

Dalam masa sama, Syaherah berharap agar gerai berkenaan dikenakan tindakan bagi memberi pengajaran kepada peniaga lain. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 30-5-2019 12:59 PM
hati2 la beli juadah kat param tu..
Quote missinpiece 30-5-2019 01:01 PM
Pernah terkena makan nasi kerabu param. Lepas berbuka muntah2 ceri beri sampai xde apa keluar. Pakej kepala pusing. Sampai sekarang meragam lg perut iols. Dua tiga hari ni nampak gerai tu x buka
Quote TravellingBear 30-5-2019 01:15 PM
missinpiece replied at 30-5-2019 01:01 PM
Pernah terkena makan nasi kerabu param. Lepas berbuka muntah2 ceri beri sampai xde apa keluar. Pakej ...

Harus slim uols kalau sakit camni.... abes la baju raya yg tempah terbesor jgn masuk twitter salahkan tukang jahit pulak wakakakakakakkakkakaka
Quote missinpiece 30-5-2019 01:18 PM
TravellingBear replied at 30-5-2019 01:15 PM
Harus slim uols kalau sakit camni.... abes la baju raya yg tempah terbesor jgn masuk twitter salah ...

Memang kurangla berat badan iols. Saiz belum bertukar lagi ke S. Perut x kempis2 jugakkk..
Quote kakakOmes 30-5-2019 01:19 PM
Iols pun pernah kena beli kueh tepung pelita, sakit perut smpi berpeluh2, after that klu g param mmg elak kueh bersantan, teringat dulu kenduri kawin kat mana ntah yg keracunan dari ayam masak pedas ni smpi ada yg meninggal
Quote batmana 30-5-2019 01:33 PM
nk beli kene dgn peniaga yg bukan bermusim ramadhan aja..
beli dari peniaga yg btul2 beniaga
tu

yg smpai jadi cmni, psl peniaga cmni tu baru blaja masak dari youtube ler tu
pstu tak tau beza ayam nk busuk bagai, main gaul aja semua

Quote bezita60 30-5-2019 01:43 PM
Klate....aku tak hairan.
Quote jue10 30-5-2019 01:44 PM
bhya tau keracunan ni. blh bwk mati. klu dh rss ada simpton keracunan tu segera la dptkn rawatan wlopun ko masih blh tahan.  xkn nk tgu mati bru rs x tahan kn.

aku anti btl peniaga cmni. apa ko kaya ke bg org mkn mknan busuk ko! sb tau mcm mna rs keracunan tu seksa nye!
Quote d_anne04 30-5-2019 01:51 PM
makanan recycle la tu...yang tak abis semalam.....

Quote haryatie 30-5-2019 01:57 PM
takut nya..sepjg posa ni baru sekali gi bazaar ramadhan kt pekan sg. besi
x suka sbb terlalu ramai org..penat ..sesak2 tu
selalu beli kat food court ofis atau pun kat bazaar uniten
kat uniten tu bukan time posa pun hari2 org berniaga
mcam2 jugak ada
so far ok jerk
Quote mea 30-5-2019 02:00 PM
stakat ni hanya 2 kali aku gi param...tak suka bersesak2..baik masak
tapi ptg ni mcm nak gi..tgklaa...
Quote Maideen. 30-5-2019 02:21 PM
Kawan Maideen pon pernah tercirit cirit dan muntah muntah setelah membeli makanan di pasar ramdon. Tapi bukan pasar romdan di Kelantan lah, tapi di Selayang. Yang jual makanan tu datang dari Kelantan.....
Quote mdhelmi 30-5-2019 02:24 PM
selepas makan ayam yg kebiruan
ternyata peniaga tersebut kebaruaan
Quote JulietTheOrange 30-5-2019 02:24 PM
cubit n rase sket pastu ludah keluar pon boleh teruk cenggini eh?
Quote AbukRokok 30-5-2019 03:22 PM
missinpiece replied at 30-5-2019 01:01 PM
Pernah terkena makan nasi kerabu param. Lepas berbuka muntah2 ceri beri sampai xde apa keluar. Pakej ...

maknanya sebelum ko beli nasi kerabu tu
ada lalat yang hinggap setelah lalat tu berpeleseran di longkang parit yg dipenuhi air kotor yg hitam..atau bersantai di atas taik manusia tidak bertamadun atau taik kucing di tepi pokok belakang gerai

Quote buapakperut 30-5-2019 03:35 PM
Air pun hati2 la kalau beli.kadang air buat sakit perut je
Quote moonbug 30-5-2019 03:44 PM
Ayam dah biru? Euwwwww
Quote moonbug 30-5-2019 03:46 PM
haryatie replied at 30-5-2019 01:57 PM
takut nya..sepjg posa ni baru sekali gi bazaar ramadhan kt pekan sg. besi
x suka sbb terlalu ramai  ...

Uniten yang kat bawah flyover tu ke? Bulan puasa pun diorang berniaga ye? Makanan situ not bad juga hari-hari biasa
Quote Asdan 30-5-2019 03:56 PM

cepat-cepat minum, air garam,  serbuk arang, kalau tertelan makanan beracun,

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069865 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top