CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebanyakan Kiblat Masjid Di Malaysia Terpesong Dari Kaabah-Cucu Ulama

30-5-2019 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7710| Komen: 52|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang cucu ulama terkenal, Kiai Muhammad Ali Qaribu mendakwa kebanyakan kiblat masjid di Malaysia tidak tepat.

"Cuma Masjid Diraja Sultan Suleiman dan masjid di Johor dan Perak yang tepat,” katanya.


Warga emas yang enggan namanya dikenali mengatakan kebanyakan masjid di Malaysia terpesong dari Kaabah.

“Sudah banyak tempat saya pergi biasanya sebelum singgah solat di mana-mana masjid saya akan semak kedudukan kiblatnya.

“Apa yang mengejutkan kebanyakan masjid yang pernah saya singgah tidak tepat arah kiblatnya.

Foto: Harian Metro
Harian Metro melaporkan, beliau menentukan arah kiblat berpandukan kaedah garis matahari.


Ilmu itu iperoleh dari datuknya yang memiliki kemahiran ilmu hisab dan falak terutama berkaitan penentuan waktu solat, arah kiblat, tarikh puasa dan hari raya.

“Sejak kecil saya dipelihara datuk (Kiai Ali) dan Allahyarham sempat menurunkan ilmu falaknya kepada saya.

“Ketika hayatnya, datuk begitu dihormati dan dikagumi, ketinggian ilmu agama dan kemahiran ilmu falaknya membuatkan datuk diberi penghormatan untuk menurunkan ilmu menentukan kiblat kepada Sultan Ala’eddin Suleiman Shah.

“Malah, datuk antara orang penting yang menentukan kiblat Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang pada awal pembinaannya yang tidak pernah diubah kiblatnya sehingga kini."

Ini penjelasan berikutnya, seperti yang dinyatakan melalui Harian Metro.

“Dalam sebuah kitab menyebut Jibril mengajar Rasulullah ilmu mendapatkan garis matahari seluruh dunia bagi menentukan arah kiblat melalui Istiwa’ A’dzham.

“Kedudukan kiblat diukur berdasarkan garis matahari dunia iaitu garis lintang matahari ke kanan dari Selatan ke Utara Makkah mesti 21 darjah. Inilah yang Allah perintahkan Jibril ajar Rasulullah.

“Garis matahari diukur apabila matahari tegak, kita letak tiang dia akan menjadi bayang, kena ukur kiri dan kanan kalau sama bayangnya itu dengan tiang itu, maka garis itu boleh dipakai sebagai menentukan arah kiblat.

“Saya beri contoh, berpandukan garis Istiwa’ kedudukan Malaysia ke Makkah adalah 75 darjah (beza lima jam) bersamaan 1 jam 15 darjah 1 darjah 4 minit,” katanya.

Pesongan arah kiblat kebanyakan masjid dan surau di negara ini digambarkan sejauh 600 batu bersamaan 966 kilometer tersasar dari Makkah.

“Kalau sejauh itu, apa hendak jadi kiblat sebenarnya menghadap ke Karbala bukan Kaabah.

“Ini paling saya takut. Saya sudah ajukan perkara ini kepada banyak pihak berkaitan, namun tiada tindakan perubahan dilakukan hingga kini.

“Saya tiada kepentingan peribadi tetapi demi agama, terpulang kepada mereka. Yang pasti saya sudah laksanakan tanggungjawab saya,” tambahnya. -CARI


Bagus
5

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abot 30-5-2019 01:16 PM
haaa sebelum ni yg tntukan arah kiblat ukur mcm mn pulak..  knp jauh sgt {:nose
Quote Dovahkiin 30-5-2019 01:40 PM
Kita yang jauh memang la kalau terpesong sikit je, abis lari arah kiblat. Tapi cuma mazhab shafie je yang menetapkan perlu tepat ke ain kaabah. Tapi kalau dalam pembinaan masjid / surau lebih elok ditentukan ikut ain kaabah, sekali je pun utk ukur, dan berkemampuan (ada ilmu).
Quote Orix 30-5-2019 01:42 PM
Mohon sis @Changa komen sepatah dua
Quote Asdan 30-5-2019 01:45 PM

tanya sikit, zaman nabi ibrahim, kiblat mekah, sejak bila & kenapa tukar jerusalem, sebelum tukar balik mekah ?
Quote dekmieDandy 30-5-2019 02:07 PM
kan jabatan agama yang buat arah kiblat tu

kalau diorang pon xleh caya takkan nak caya pak cik ni sorang je
Quote puding_caramel 30-5-2019 02:54 PM
dekmieDandy replied at 30-5-2019 02:07 PM
kan jabatan agama yang buat arah kiblat tu

kalau diorang pon xleh caya takkan nak caya pak cik ni ...

kaaaannnn... xkan pejabat agama x pantau masa buat arah kiblat
Quote palmolive 30-5-2019 03:04 PM
Asdan replied at 30-5-2019 01:45 PM
tanya sikit, zaman nabi ibrahim, kiblat mekah, sejak bila & kenapa tukar jerusalem, sebelum tukar  ...

cer bawak mai sumber yg mentioned pasal zaman nabi ibrahim kiblat mekah...
Quote bbalik 30-5-2019 03:05 PM
namapun menghadap kaabah...
tidaklah semestinya kene tepat 100%..

asalkan ko tidak tala ke ostolia sudah..
dada menghadap kaabah..

tp skrg ni aku tgh hadapkan ayaq ais...
Quote cap_ayam 30-5-2019 03:05 PM
Pejabat mufti dah ada alat untuk semak arah kiblat. Jupem pun ada boleh ukur. Zaman sekarang mudah sangat tentukan mana arah berdasarkan latitud dan longitud.
Quote north_star 30-5-2019 03:19 PM
Tak mintak banyak la pakcik, bagitau 1 je masjid yg dikatakan salah kiblat tu.
Quote kucingitam 30-5-2019 03:31 PM
pakcik bagitau nama dulu la, baru kitorang percaya..
Quote Asdan 30-5-2019 03:36 PM
palmolive replied at 30-5-2019 03:04 PM
cer bawak mai sumber yg mentioned pasal zaman nabi ibrahim kiblat mekah...

nabi ibrahim bina kaaba, jadi kiblat,
Quote kelana36 30-5-2019 03:36 PM
“Garis matahari diukur apabila matahari tegak, kita letak tiang dia akan menjadi bayang, kena ukur kiri dan kanan kalau sama bayangnya itu dengan tiang itu, maka garis itu boleh dipakai sebagai menentukan arah kiblat.


Di harap pakcik ni apply correction kedudukan matahari yang berbeza ikut musim.
Quote palmolive 30-5-2019 03:41 PM
Asdan replied at 30-5-2019 03:36 PM
nabi ibrahim bina kaaba, jadi kiblat,

sumber mana sumber?
Quote BebeQ 30-5-2019 03:45 PM
Jurukur tentukan arah kiblat guna cerapan matahari. Berat totalstation tu diangkut.
Quote BebeQ 30-5-2019 03:48 PM
cap_ayam replied at 30-5-2019 03:05 PM
Pejabat mufti dah ada alat untuk semak arah kiblat. Jupem pun ada boleh ukur. Zaman sekarang mudah s ...

Ye, orang abah aku gigih la guna kayu semua tu. Aku nak je bawa alat dan tentukan guna alat.
Tapi bila berjalan, biasanya aku SEMAK dan ikut arah piring astro je.
Quote Asdan 30-5-2019 03:49 PM

tengok ni,
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
(Al-Baqarah 2:127)
http://www.surah.my/2#127


Quote palmolive 30-5-2019 03:54 PM
Edited by palmolive at 30-5-2019 03:55 PM

mana ayat yg mentioned pasal kiblat..tu pasal membangunkan kaabah jek..
syariat zaman nabi ibrahim pun beza ngan zaman nabi muhammad..
perintah solat nabi terima masa peristiwa isra' mi'raj...
memang kiblat pertama umat islam ke baitul maqdis
Quote Asdan 30-5-2019 03:59 PM
palmolive replied at 30-5-2019 03:54 PM
mana ayat yg mentioned pasal kiblat..tu pasal membangunkan kaabah jek..
syariat zaman nabi ibrahi ...

masa itu baitulmaqdis belum wujud,

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051806 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top