"Memang ada saudara-mara yang ingin kenalkan saya dengan wanita tetapi soal hati tak boleh dipaksa-paksa." Sama seperti kebanyakan orang, pelakon Remy Ishak juga tidak terlepas daripada soalan cepumas menjelang hari raya terutama sejak putus tunang dengan ahli perniagaan, Ezza Yusof tidak kesampaian dan putus pada Februari lalu. Bukan kerana tidak berkenan dengan calon yang diperkenalkan, sebaliknya soal jodoh adalah perkara yang sangat rumit, katanya kepada Gempak. "Insya-Allah ada rezeki nanti saya anak bawa pulang isteri ke kampung. Masalahnya sekarang masih belum ada isteri. Raya tahun ini masih bergelar bujang. "Ada banyak cabaran untuk dilalui sebelum seseorang wanita ingin kenal saya lebih dekat terutama berkaitan soal karier sebagai selebriti," ujarnya sempat berseloroh ingin memberi duit raya untuk menutup mulut mereka yang tak sudah-sudah menghujaninya dengan soalan cepumas.
Dalam masa sama, Remy mendedahkan terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman di Masjid Tanah, Melaka dek kerana jadual kerjaya yang padat hingga perancangan mengecat rumah pun tergendala. "Biasanya setiap kali menjelang hari raya saya akan mengambil tanggungjawab untuk menyediakan baju raya untuk anak-anak buah saya. "Kami pun ada empat adik-beradik dan semuanya sudah besar-besar belaka jadi persiapan raya lebih tertumpu pada orang tua dan anak-anak buah saja," katanya. Alahai, siapalah yang bakal berjaya lulus cabaran untuk menjadi suri hati Remy itu ya? - CARI
|
Victorioussss replied at 30-5-2019 06:38 AM
Kene pukul dulu
myakayina: apa cabarannya tu remy? mind to share..
myakayina replied at 30-5-2019 02:56 PM
apa cabarannya tu remy? mind to share..
buapakperut replied at 30-5-2019 03:22 PM
baru ku tahu heols dari melaka. ingatkan luar negara
Victorioussss replied at 30-5-2019 03:22 PM
Amboi..aim badboy aje yach!
I nk jd bad to u jgk la
myakayina replied at 30-5-2019 03:24 PM
kasi chance la kak.. klu jodoh tak kemana..
noraidil_06 replied at 30-5-2019 03:37 PM
Org mcm ni, they love them too much. Baiklah Playboy tu plak mya oiii
ADVERTISEMENT