Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun diterbangkan ke hospital selepas terjatuh ketika menaiki permainan rollercoaster Twister di taman tema Lightwater Valley di Ripon, Yorkshire.
BBC melaporkan, polis percaya keadaan mangsa tidak kritikal dan pihak taman tema terbabit memaklumkan permainan berkenaan ditutup sementara pakar kesihatan dan keselamatan melakukan pemeriksaan. Dalam kenyataannya, Lightwater Valley berkata pihaknya menitikberatkan keselamatan pengunjungnya dan bersedia memberi sebarang bentuk sokongan kepada keluarga mangsa.
Menurut polis, kanak-kanak itu kini menerima rawatan di Leeds General Infirmary. Sementara itu, Daily Mail melaporkan, mangsa dipercayai jatuh dari ketinggian 30 kaki. Saksi di tempat kejadian, Jon Philo berkata, ketika dia menghampiri mangsa, kanak-kanak itu dalam keadaan kaku tidak sedarkan diri. Mangsa yang duduk di bahagian belakang permainan itu bersama ibunya dikatakan terlepas dari tempat duduknya sebelum terjatuh. Kanak-kanak itu diterbangkan ke Leeds General Infirmary dengan ambulans udara. - CARI
|
Queenmastani: Inilah yg aku takut..ank sulong suka sgt naik dari umur 7 tahun..pg legoland aritu aku bantah tk bg naik laki Aku kunun2 nk biar dia rasa adrenaline. ...
Queenmastani replied at 31-5-2019 06:24 PM
Inilah yg aku takut..ank sulong suka sgt naik dari umur 7 tahun..pg legoland aritu aku bantah tk bg ...
sarahmirza replied at 1-6-2019 06:11 AM
Baiknya u as isteri...
Sanggup letak anak kat high risk demi suami tercinta...
ADVERTISEMENT