Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah memberikan kata-kata semangat kepada gadis-gadis di luar sana tentang penampilan selekeh ketika fasa remaja.
Nonny menegaskan rupa parasa seseorang itu anak berubah setelah mereka meningkat dewasa. Biar hina di mata manusia tapi cantik di mata Allah.
Nonny berkongsi sekeping foto saat dia masih remaja di bangku persekolahan kira-kira 16 tahun dulu. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di instagram. "Jangan risau kalau dalam fasa remaja kita tidak secantik orang lain. Enjoy the moment. Setiap orang mempunyai kecantikan & kelebihan dekat diri masing-masing .🦋
"Biar hina di mata manusia, Cantik di mata Allah.🙊🙌🏻 "Nanti bila umur sudah meningkat, percayalah anda akan rindu zaman-zaman ini. Cuba teka ciknons tingkatan berapa" tulisnya "Tidak payah tergesa-gesa nak jadi 25 tahun, jadi diri sendiri," tulisnya lagi
|
truesonic replied at 3-6-2019 01:23 PM
Dia ni budak AF dulu ke?
ADVERTISEMENT