Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma beberapa hari saja lagi. Kelengkapan raya seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan kasut baru sudah pasti akan disiapkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari perayaan. Ada juga di antara kita yang menggunakan baju lama, asalkan nampak kemas dan cantik, betul tak?
Namun, jangan dilupakan mereka yang kekurangan. Seorang Usahawan dan Youtuber, Moshed Mohamad membuat cabaran untuk membelanja orang secara rawak sebanyak RM1000. Dalam video tersebut, Moshed singgah di sebuah stesyen minyak Petronas dan menyapa pengunjung di situ.
Setelah video pertama itu mendapat sambutan, Moshed sekali lagi membelanja orang secara rawak, tetapi kali ini adalah untuk pekerja KFC pula. Sikap dan amal seperti ini bagus dan mampu memberikan contoh kepada selebriti sosial media dan artis di luar sana supaya sentiasa membantu orang lain. Teruskan usaha, Moshed! - CARI
|
ADVERTISEMENT