CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Tips Agar Makeup Tak Bercapuk, Ikuti Langkah Supaya Wajah Lebih 'Glowing' Di Hari Raya!

7-6-2019 01:43 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13459| Komen: 57|Original author: Oleh: intan

Hari raya yang yang menjelma tiba ini sudah pasti ramai yang sudah buat persiapan, terutamanya untuk golongan wanita. Lumrahnya, wanita sering ingin kelihatan cantik setiap masa, apatah lagi di hari raya. Untung-untung jodoh tiba di hari lebaran, betul tak? 

Namun, dalam semangat nak cantik-cantik tu, ada juga yang tersalah langkah apabila terlebih bersolek ataupun 'suram' sahaja wajah tu kan? Lagi bertambah seram apabila ada yang tegur wajah tak cantik. Hilang 'mood' terus nak beraya.


Oleh itu, jom kita ikuti langkah mudah untuk tampil cantik menawan dan lebih 'glowing' di hari raya ini. Terlebih solek nanti wajah bercapuk pula kan?

1. Bedak asas 


Pilih bedak asas dan juga concealer yang sesuai untuk tona kulit anda. Ianya bukan sahaja membantu menyembunyikan cela, ianya juga membuatkan wajah anda lebih polos. Pilih yang sesuai dengan warna kulit anda tau!

2. Blend makeup dengan sekata

Alat solekan seperti 'foundation' memerlukan alatan khas seperti berus solekan khas ataupun boleh juga guna beauty blenders. Pastikan anda menyapu solekan dengan sekata untuk mengelakkan wajah anda bercapuk.

3. Strobing yang tidak melampau

Jika anda melakukan 'strobing' ataupun 'highlight' pastikan berpada-pada ya! Anda nak glowing, bukan nak pantul cahaya wajah anda kepada mereka yang melihatnya!

4. Kemaskan kening


Kening amat penting dalam memastikan wajah anda berstruktur dan lebih cantik jika dirapikan dengan betul. Kening perlu dikemaskan mengikut rupa bentuk muka anda. Jangan jadikan kening anda seperti sayap burung yang sedang terbang pula.

5. Solekan mata ringkas

Jika anda ingin kelihatan glowing dan berseri, tidak perlu solekan mata yang overdo! Cuba dapatkan mata yang bercahaya dengan bulu mata yang tebal dan lentik dengan menggunakan maskara, jadi tidak perlu rasanya bulu mata palsu.

6. Pemerah pipi yang tidak keterlaluan


Anda mungkin akan kelihatan seperti ingin ke majlis makan malam jika menggunakan teknik 'countouring' yang keterlaluan. CUkup sekadar pemerah pipi dan sedikit elemen bronze di pipi untuk lebih berseri.

7. Pengunaan gincu yang sesuai


Sebelum meletakkan gincu, sental bibir anda dulu supaya lebih segar dengan menggunakan balsam bibir. Gincu akan lebih tahan lama dan nampak lebih cantik ketika dipakai. Selalunya untuk mendapatkan imej 'glowing', gincu berwarna nude lebih sesuai untuk dipakai.Pastikan ianya sesuai dengan tona wajah anda terlebih dahulu ya!

Selamat mencuba! - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-6-2019 05:40 PM
xnak bercapuk senang je... pakai pencuci muka jenama sunlight
Quote dua_chzy 7-6-2019 05:58 PM
Tipsnya adalah pakailah mekap mahal dek. Dan pastikan kulit ngkau sehat. Kompom glowing bercahaya bersinar2.
Quote Catpaw 7-6-2019 06:17 PM
Taknak bercapuk duduk tempat ekon je la tak yaha berpanas helok la
Quote Ivysaur 7-6-2019 06:35 PM
dua_chzy replied at 7-6-2019 05:58 PM
Tipsnya adalah pakailah mekap mahal dek. Dan pastikan kulit ngkau sehat. Kompom glowing bercahaya be ...

Setuju... kalau nak lagi hebat pakai MUA
Quote dua_chzy 7-6-2019 06:38 PM
Edited by dua_chzy at 7-6-2019 06:46 PM
Ivysaur replied at 7-6-2019 06:35 PM
Setuju... kalau nak lagi hebat pakai MUA


Khenst. If tak mampo upah MUA, blaja kat Youtube jah.

Jauh beda ngkorang tepek bedak tabur rega 20 hengget kat muka dengan bedak tabur 100 hengget ke atas. Invest la dek if nak lawa. Jangan ikut pangai kengkawan akak, muka kusam tak berseri bila gi raya tapi bila akak kata ngkau invest la duit beli skincare, mekap memahal if nak muka glowing, amekawww macam2 alasan kuar. Gaji hampir 10k kedekut nau invest huntok well being sundri. If dah nikoh beranak pinak faham la akak jika kewangan terhad. Yang bujang komitmen kurang tinggal pon dengan mak pak takda sapa nak tanggung karna mak pak pon banyak duit tapi kedekut guna duit huntok diri sundri tu yang akak tafaham.
Quote lil_honey 7-6-2019 10:13 PM
dua_chzy replied at 7-6-2019 06:38 PM
Khenst. If tak mampo upah MUA, blaja kat Youtube jah.

Jauh beda ngkorang tepek bedak ta ...

eyeshadow mahal ngn murah, jauh beza weehh..
eyeshadow mahal, sekali tepek dah bleh nampak lawa...tak payah susah2 nak p buat smokey eyes bagai
Quote fofuler 7-6-2019 11:22 PM
Edited by fofuler at 7-6-2019 11:31 PM

Tapi kan sis chazey, tak kisahlah makeup high end camne pun, kalau beraya berpanas lencun tu at the end of the day makeup tu still ada cuma mesti jadi cam ewwww muka berminyak cam apa. Teknik MUA hebat2 yang ajar kat youtube tu semua sesuai dengan negara omputeh yang dingin and kering tu je. Yang hat muka comel2 makeup raya kat IG tu semua mesti dia amik time baru lepas makeup ataupun filter ntah berapa lapis dia letak hahah. Kalau diorg berani cuba snap sikit gambar lepas habis beraya waktu petang atau malam (consider tak remove makeup the whole day)
Quote dua_chzy 7-6-2019 11:42 PM
fofuler replied at 7-6-2019 11:22 PM
Tapi kan sis chazey, tak kisahlah makeup high end camne pun, kalau beraya berpanas lencun tu at the  ...

Tempat aiols, ko pakai mekap takkan cair dek kecuali ko berpanas di tengah padang berjam2. Pondesyen ai pakai memang tahan dari pagi sampai ke petang or petang sampai ke malam. Dari pagi sampai malam belum pernah terai pulok.
Quote orkid_amani 7-6-2019 11:59 PM
NAK make up chantek muka kena cantik .I mean kulit sihat. Tak perlu NAK heavy make up. Make up Mahal mmg finishing chantek. Puas Hati
Quote MsPercy 8-6-2019 12:02 AM
CiliPadiSedap replied at 7-6-2019 05:40 PM
xnak bercapuk senang je... pakai pencuci muka jenama sunlight

hahaha...siyes la suruh pakai sunlight...adoiii

Quote buapakperut 8-6-2019 01:35 AM
dua_chzy: Tipsnya adalah pakailah mekap mahal dek. Dan pastikan kulit ngkau sehat. Kompom glowing bercahaya bersinar2.

betul la, kadang pakai drugstore punya + kulit berminyak ... huihhh cam harem... apa pun tak jadi... geram juga kadang tgk mua yang kulit berparut2 dok jual pondesen timbang kilo. dah tentula sheol guna high end macam ysl.. tak mampu kak...,
Quote dua_chzy 8-6-2019 02:19 AM
buapakperut replied at 8-6-2019 01:35 AM
betul la, kadang pakai drugstore punya + kulit berminyak ... huihhh cam harem... apa pun tak jadi. ...

Kumpul duit sis. Aiol pon kumpul duit gaji saving sket2 semata2 huntok melawa. Worth it sangat bila ai pi raya pehtu kengkawan bilang kenapa muka kau tidak berubah dari sekolah menengah sampai sekarang. Ada yang kata ingat ai sumandak entah dari mana tetiba datang beraya. Ai pon bilang rahsianya ada dalam pondesyen.
Quote esbok 8-6-2019 07:26 AM
Mmg pun. Invest sikit kat diri sendiri. Bukan nya utk org lain, utk muka sendiri juga. Yg lawa nanti kau juga.
Quote pucuk-kelompang 8-6-2019 08:18 AM
dua_chzy replied at 7-6-2019 06:19 PM
Kumpul duit sis. Aiol pon kumpul duit gaji saving sket2 semata2 huntok melawa. Worth it sangat bil ...

Guna foundation apa ya?
Quote buapakperut 8-6-2019 10:03 AM
dua_chzy replied at 7-6-2019 06:19 PM
Kumpul duit sis. Aiol pon kumpul duit gaji saving sket2 semata2 huntok melawa. Worth it sangat bil ...

pondesyen hapa tu? iols takut nk gamble memahal takut tak jadi juga. skg kulit dh tak berminyak tapi nk la tutup freckles yang susah nak cover. taknak la pakai tebal2 macam pengantin indon.nak cari yang kaler sesuai pun susah sebab iol undertone kuning sangat
Quote yuki812 8-6-2019 10:21 AM
iols kan kalau beli makeup yg memahal fondation ke lipstik ke..biasa jangka hayat x pjg. sebabnya ank dok curi guna. habis sume patah..retak..pulun abis.
tp yg pelik..kalau makeup china mari..tak hngin pulak budak2 ni pandang..kerjakan. cantik je terletak kat lemari makeup tu hah.
ko tengok ler..budak pun reti tau makeup mahal ke murah..
Quote groundfloor 8-6-2019 11:30 AM
dua_chzy replied at 8-6-2019 02:19 AM
Kumpul duit sis. Aiol pon kumpul duit gaji saving sket2 semata2 huntok melawa. Worth it sangat bil ...

Sis chazey mesti jenis awet muda ni...foundation apa sis?
Quote KIM.K 8-6-2019 12:00 PM
Kim selalu buat kening & lipstick je. Lipstick kena mahal baru nampak kemas. Bila lipstick elok, dengan baju2 sekali nampak cantik
Foundation ngan mata Kim tak pernah pakai. Banyak nak belanja tu. Kalau bedal yang murah nampak harambe
Quote KIM.K 8-6-2019 12:05 PM
Foundation ngan mekap mata kalau murah kulit takleh bernafas. Peluh takleh keluar, lengas semacam. Sebabtu caky
Terima kasih TT atas info, nanti Kim belajar ye
Kim kisahkan skincare regime ngan ambil beauty suppliments macam kolagen, asthaxantin, glutathione, vit C

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.080357 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top