CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makan Terlalu Banyak Peria Kepala Anda Boleh Jadi Botak?

11-6-2019 10:56 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3905| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: XTRA & WebMD


Walaupun rasanya sangat pahit, masih ramai yang suka memakan peria sama ada sebagai ulam atau ditumis.

Tidak semua yang pahit itu menjadi ubat kerana kajian perubatan mendapati, memakan terlalu banyak peria boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Memetik laporan terbaru yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology, peria mengandungi toksin yang dinamakan cucurbitacin yang menyebabkan ia berasa pahit.

Laporan ditulis Dr Philippe Assouly itu adalah bersandarkan kepada pemerhatiannya dalam dua kes keracunan makanan melibatkan seorang wanita yang memakan peria.


Kredit foto: Bidadari.MY


Salah seorang wanita yang memakan sup peria pahit mengalami masalah ketidakhadaman selama sehari dan seminggu kemudian, rambutnya mula gugur.

"Makanan itu dikongsi bersama ahli keluarga lain di mana mereka tidak memakan sup terlalu banyak dan mereka mengalami tanda-tanda keracunan makanan tetapi rambut mereka tidak gugur," jelas Dr Assouly.

Seorang lagi wanita mengalami masalah serupa selepas mengambil makanan yang mengandungi peria.

"Walaupun dia berkongsi makanan itu dengan orang lain, mereka tidak mengalami keracunan makanan kerana tidak memakan peria yang disifatkan mempunyai rasa terlalu pahit," katanya.

Dr Assouly memberitahu, kesan pemakanan peria terhadap pertumbuhan rambut dikaitkan dengan tindak balas antimitotik yang membantutkan proses pemecahan sel dan digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Bukan tidak boleh makan peria, cuma elakkan mengambilnya terlalu banyak bagi mengelakkan kepala anda daripada menjadi botak. - CARI
1

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 11-6-2019 11:26 AM
rambut dah mmg gugur nk salahkan peria pulak huhu
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 12:40 PM
suka sangat peria goreng tumis..
Quote keds 11-6-2019 01:57 PM
rambut kau yang botak? peria pulak kena blame..... wakakakka
Quote mzzenma 11-6-2019 03:43 PM
peria katak goreng tepung sedap gila
Quote Asdan 11-6-2019 04:07 PM

panduan mudah, kalau rasa pahit pedas masam busuk dll, jangan makan, contohnya cili pedas sebab toxic,
Quote Artemesiaa 13-6-2019 03:23 PM
Tak suka makan benda ni selalu nampak acik2 yang ada high blood je yang suka makan
Quote haryatie 18-6-2019 10:45 AM

ok jerk rambut...masih penuh kat kepala lg
Quote Foxey 19-6-2019 08:10 PM
Tak suka makan peria. Pahit
Quote darls 21-6-2019 02:07 PM
tak gemar peria..
Quote ikanmasin 21-6-2019 08:44 PM
betul ke nsb baik akk tak suka mkn peria
Quote ctaz 21-6-2019 09:44 PM
zaman sekarang macam2 hal....
serba-serbi la macam tahu semua hal....
mkn benda tu tak boleh..benda ni tak boleh....
padahal org tua2  zaman dulu mkn sampai meninggal elok jer rambutnyer.....


Quote Lengkong 22-6-2019 07:25 AM
mdhelmi replied at 11-6-2019 11:26 AM
rambut dah mmg gugur nk salahkan peria pulak huhu

Heheh ye lah kan..
Quote Lengkong 22-6-2019 07:28 AM
Foxey replied at 19-6-2019 08:10 PM
Tak suka makan peria. Pahit

Foxey boleh cuba rendam sekejap peria yg dah dipotong dalam air garam untuk hilangkan rasa pahit. Peria sedap masak dengan udang
Quote Ina8895 10-7-2019 02:16 AM
Botak chin suka makan peria ke?
Quote CikB 10-9-2019 04:49 PM
baru je beli peria chips...takut pulak nk snacking byk2

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037998 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top