Perpustakaan University of Canberra, Australia terpaksa dikosongkan baru-baru ini, berikutan bau yang dikatakan berpunca daripada 'gas berbahaya', lapor The Guardian. Arahan pengosongan itu dikeluarkan bomba bagi mengurangkan risiko kepada pelajar dan membolehkan mereka mengesan punca bau tersebut. Anggota Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) akhirnya menarik nafas lega apabila mendapati bau itu berpunca daripada durian yang dibuang ke dalam tong sampah di perpustakaan berkenaan. Selepas insiden itu, pengendali laman Facebook Perpustakaan University of Canberra menulis; "Perpustakaan sudah dibuka! Bau seperti gas di dalam bangunan ini sebenarnya tidak berbahaya - seseorang telah membuang buah durian di dalam salah satu tong sampah di sini!"
Perpustakaan tersebut juga telah memuat naik gambar papan tanda yang melarang perbuatan membawa masuk durian ke dalam bangunan itu pada profil Facebook miliknya. Insiden itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang sebahagiannya merupakan pelajar University of Canberra. Agak-agaknya, siapakah yang membuang durian itu dan apakah motifnya? - CARI |
lattehazelnut replied at 4-6-2019 03:09 PM
I bawak serawa durian gi ofis pun xberani makan kat tempat berekon.. sanggup makan kat luar.. sbb dl ...
ADVERTISEMENT