Wanita maut selepas terlanggar tali kain rentang ketika menunggang motosikal di Simpang 3 C Mart, Jitra, semalam. Memetik BH Online, dalam kejadian jam 10.15 malam itu, jururawat yang bertugas di Hospital Besar Pulau Pinang berkenaan meninggal dunia akibat cedera parah di leher. Difahamkan, ketika kejadian Siti Rofidah Md Khir, 27, menunggang bersendirian pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan membuat kuih raya. Dipercayai, keadaan jalan yang gelap menjadi punca mangsa yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri tidak menyedari ada tali kain rentang tergantung dalam keadaan melintang di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim yang mengesahkan kejadian, berkata, tali itu tersangkut di leher mangsa sebelum dia terjatuh bersama motosikalnya. Selepas sejam menerima rawatan di Hospital Jitra, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia. Tambahnya, mayat dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jfq: AlfatihahSkrang ni any tom dick n harry suka2 gantung banner kat celah pokok celah tiang celah pagar celah jejatas termasukla yb2 yg bentang banner u ...
shamsadis replied at 4-6-2019 01:22 PM
hentak cermin kereta kena penjara 12 tahun, yang pasang tali kain rentang sampai terbunuh takkan dib ...
ADVERTISEMENT