|
Beruang matahari milik artis wanita yang menjengahkan kepalanya menerusi tingkap Foto: Facebook Ida Shareena Tangisan kelaparan dalam sebuah kondominium di Desa Pandan di sini membawa kepada penemuan seekor beruang matahari yang ditinggalkan pemiliknya dipercayai pergi berhari raya selama dua hari. Haiwan malang dipercayai milik penyanyi wanita berusia 27 tahun itu kemudiannya diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Pudu di sini yang bergegas ke unit kondominium berkenaan selepas dihubungi jirannya. Dalam kejadian sekitar jam 4.57 petang pada 7 Jun, jiran memberitahu sebelum itu mereka terdengar suara haiwan yang mencurigakan sebelum ternampak kepala beruang di tingkap.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Pudu berjaya menyelamatkan haiwan berkenaan Foto: Facebook Ida Shareena Seorang pengguna Facebook, Ida Shareena melalui perkongsiannya memberitahu, pada mulanya jiran menyangka ia sekadar gurauan orang memakai kostum beruang untuk menakutkan kanak-kanak. "Namun, bila diamati ia benar-benar seekor beruang yang menjengahkan kepalanya menerusi tingkap dapur di sebuah kondiminium tingkat 16," ujarnya.
|
Abot: ya ampun. kesian nye.. mesti lapar sgt tu.. kalau artis tu balik mesti beruang tu telan die
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 01:35 PM GMT+8 , Processed in 1.001836 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.