Sinonim dengan Hari Raya, semua orang berlumba-lumba ingin kelihatan cantik dan bergaya dengan pakaian baru. Namun, malang tidak berbau apabila seorang gadis nyaris maut pada hari pertama lebaran.
Memetik mStar Online, baju raya dipakai Siti Nur Amira pada hari pertama lebaran koyak rabak akibat tersangkut pada rantai motor dinaikinya. Foto Kredit: mStar Menurut gadis berusia 16 tahun itu, dia sebenarnya ingin beraya ke rumah rakannya. Bagaimanapun, dia tidak menyangka baju raya labuh itu boleh tersangkut pada rantai motosikal yang ditunggangnya. "Saya bawa motor perlahan je, ada seorang kawan di belakang. dia suruh berhenti sebab kain saya sangkut.
"Kain saya dah angkat sebenarnya tapi ia terbang sebab berangin naik motor. "Mujur saya sempat brake dan hampir jatuh. Bila tengok kain raya saya terpaksa digunting, rosak terus kain itu" katanya kepada mStar Online. Menurut Mira, baju itu dibeli sebelum Ramadan dan berharga sekitar RM300. "Mak tidak marah cuma ayah yang meleting sedikit kerana saya tidak mendengar nasihat," katanya yang bersyukur kerana baju sahaja yang rosak tanpa mengalami sebarang kecederaan. Semoga kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada semua wanita di luar sana. Jangan kerana fesyen, nyawa anda melayang. - CARI |
10
Bagus |
2
Marah |
10
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miznora: ngapela gambo atas tu.. ko selimutkan moto skali ke?? kot iye pon takmo nampak bontot bila naik moto. fikirla keselamatan dulu
yuki812 replied at 8-6-2019 10:39 AM
mahal tu baju 300..
akak yg gaji ribu riban pon mampo beli baju 50 je..janji selesa..pastu naik mot ...
vee_zara replied at 8-6-2019 11:47 AM
Kalau nak beli baju raya make sure baju raya tu sesuai dgn cara hidup kita.. tgok kat ig org pakai j ...
ADVERTISEMENT