Sukar dipercayai namun itulah yang berlaku apabila seorang anak lelaki dan isterinya tertinggal ibunya di sebuah R&R di Bukit Besi, Dungun semalam.
Memetik laporan Harian Metro, hal tersebut berlaku kerana lelaki tersebut tergesa-gesa untuk bergerak pulang kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas. Dikatakan lelaki yang berusia 40-an itu bersama isteri dan ibunya yang berusia 73 tahun menaiki kereta dari Bukit Payong di Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Lelaki itu dikatakan berhenti di R&R Bukit Besi kira-kira jam 8 pagi selepas isterinya mengadu hendak ke tandas. Ketika menunggu, lelaki itu tertidur di dalam kereta dan tidak menyedari ibunya juga keluar untuk ke tandas yang sama.
Sebaik isterinya memasuki kereta, mereka meneruskan perjalanan tanpa sedar langsung ibunya sudah tertinggal di R&R tersebut. Difahamkan ibunya diselamatkan oleh dua anggota JPJ yang meronda di situ yang kemudiannya menghantar warga emas itu ke Balai Polis Bukit Besi. Pihak polis berjaya menghubungi anak warga emas itu selepas dia bercerita tentang anak perempuannya yang mengajar di Bukit Payong. Dengan maklumat tersebut, pihak polis mendapatkan nombor terlefon anaknya selepas menghubungi pihak sekolah. “Polis berjaya memaklumkan berhubung kejadian itu kepada anaknya sebelum seorang cucu warga emas terbabit datang ke Balai Polis Bukit Besi, kira-kira 12.30 tengah hari. “Warga emas terbabit kemudiannya dibawa pulang semula Ke Bukit Payong, sementara anak lelaki dan menantunya itu berpatah balik untuk mengambil semula ibunya itu,” kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah. - CARI
|
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...

clarizsa replied at 10-6-2019 12:38 PM
Ye ke tertinggal
Relax je xde nak cek n cari mak dia pun
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...
raxief replied at 10-6-2019 12:02 PM
jiran aku pun tertinggal anak dia kat petrol station rnr plus 2 tahun lepas.. haha.. tgh bayar kat k ...
batmana replied at 10-6-2019 12:37 PM
msti besar sgt kete tu, atau penuh barang menggunung smpai kata gitu
eyansss replied at 10-6-2019 02:05 PM
mak ayah aku pernah rescue anak dara... ayahnya tak perasan anak pun keluar masa pi tandas sebab ...
raxief replied at 10-6-2019 02:30 PM
jiran aku ni anak dia lelaki, masa tu umur 19 rasanya.. hp & dompet ada pada budak tu, dia patah b ...
ADVERTISEMENT