Jika Ramadan sebelum ini membawa tangisan kegembiraan buat pasangan Aidil Aziz dan Fasha Sandha, Syawal ini pula mereka diuji dengan berita keguguran Fasha.
Fasha berkongsi berita menyedihkan itu menerusi Instagram disertakan dengan permohonan maaf kepada keluarganya. Ibu tak dengar cakap doktor "Terima kasih Allah kerana menumpangkan 'Anak Syurga' ini dalam rahimku walaupun hanya untuk seketika," tulisnya. Difahamkan, tingkah aktif Fasha ketika beraya menjadi penyebab utama kegugurannya.
Orang ramai termasuk rakan artis turut merasai kesedihan ditanggung Fasha dan mendoakan agar dia kuat semangat dan cepat sembuh. Suaminya, Aidil tidak terkecuali memberi kata-kata semangat tidak lupa berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan mereka.
Semoga Fasha sekeluarga tabah dengan ujian Syawal kali ini. Pasti akan ada yang lebih baik menunggu selepas ini, inshaAllah. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|