CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Penuh Hirisan Daging Dan Lemak Tulang" - Mee Sup Champa Mak Wan Jadi Bualan

11-6-2019 10:36 AM| Diterbitkan: akulans| Dilihat: 13341| Komen: 44|Original author: Oleh: Akulans


Kredit Foto : Facebook Mee Sup Mak Wan


Kalau anda berada Dungun, jangan lupa singgah di sebuah kedai makan tersohor di sini. Sentiasa penuh dengan pengunjung. Apatah lagi cuti hujung minggu, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pengunjung luar dari Terengganu. Semata-mata ingin merasai keenakan Mee Sup Melayu Champa (Kemboja) Mak Wan.

Dulu lokasi kedainya berhampiran pantai Teluk Lipat. Kini Mak Wan Mee Sup Champa telah berpindah ke premis miliknya sendiri di Jalan Kg Balai Besar, Dungun.


Kredit Foto : Facebook Mee Sup Mak Wan


Kenapa anda harus mencuba Mee Sup Melayu Champa Mak Wan? 

Keistimewaannya terletak pada kuahnya yang sentiasa panas, sarat dengan hirisan daging yang dipotong nipis, sayur-sayuran dan kateh (lemak tulang).

Sungguh menyelerakan. Berapa harga semangkuk? Cuma RM6.50 dan anda cuma perlu tambah lagi RM2.50 kalau anda ingin Kateh (lemak tulang).

Kredit Foto : Facebook Mee Sup Mak Wan

Kedai ini dibuka seawal jam 8.00 pagi dan ditutup pada pukul 3.00 petang.

Nasihat kami, anda perlu awal ke sana kerana tiada tempat duduk untuk anda sekiranya terlewat. Anda terpaksa menunggu ruang kosong sebelum dapat menikmati keenakan Mee Sup Champa Mak Wan. 

Memang berbaloi, siapa yang sudah mencubanya bolehlah berikan komen di bawah ini! - CARI  
2

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • pulutmanggis

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 11-6-2019 10:51 AM
ya rabbi kat mana2 pun penuh org kaki makan..
mi berkuah ni pon feveret aku
termasuk mi bakso (skli skla) sbab ni hard core indon punya menu

ada satu kt umah baru rm6 penuh meatball bapak dan cucu2 serta tahu cumbat..kuah yg beraroma
tambah plak sambal dia extra..slurppp..sedapnya

pastu tak puas sbab dah share makan ngan anak nk keluar lgi malas..maka order foodpanda ada satu bakso rest jua kt umah..udahla kena bayar delivery RM3 rega lagi mahal dan rasa tak sedap dan kurang smua bahan. baik aku cari yg tepi kedai tu je nti.
Quote shernazz 11-6-2019 10:57 AM
Iols suka try try tapi jauh bebenor ni dgn umah iols
Hahaha
Ada sapa penah try ke?
Kekadang viral viral ni ada yang ok..ada yang x ok
Quote gummiebear 11-6-2019 11:10 AM
Memang sedappp iols penah try masa kat kedai tepi pantai. Yang kedai baru ni tak penah pegi lagi
Quote johan-adx 11-6-2019 11:13 AM
kalau dkt sampai dh ni
Quote helicornia 11-6-2019 03:27 PM
mcm pho mee sup vietnam sedapnya hoi ada yg beli tiket pi ho chi minh ni
Quote pulutmanggis 11-6-2019 03:42 PM
pulut boleh kata setiap minggu akan makan mee sup champa ni. sebelum ni kedai kat tepi pantai.

tips nak datang kalau hari jumaat, pastikan sampai kedai sebelum pukul 8.10. Kalau pukul 8.15 selalunya beratur dah orang menunggu. pulut kalau lambat memang cancel je plan nak makan. malas nak tunggu meja dan mi sup lagi.

Kalau hari sabtu boleh la nak sampai kedai 8.15 pagi. Selalu 8.20 pagi dah beratur mcm tu.

Tapi ni kedai lama la... kedai baru ni x pasti mcm mana. jumaat ni baru nak pergi. nyum3.
Quote abangadek 11-6-2019 03:49 PM
kateh tu soooooo yummy, iols jangankan dalam sup, dalam kari pun kuis2 nk cari part kateh ni kunyah kenyal2 best
Quote pulutmanggis 11-6-2019 03:51 PM
20190512_192200.jpg

Fav Pulut - Bihun Kateh (Urat)

Pernah bawa kawan dari luar makan kedai ni. Seorang tu sampai balik Sarawak teringat2. Sorang tu kurang suka sup daging jadi dia neutral je.
Apa-apa pun bergantung pada deria rasa masing2. Yang sukakan sup tulang/daging boleh cuba.

Ada gearbox juga. Tapi Kateh and Gearbox ni limited.

Pulut tak ada komisyen ya... benda sedap jadi kita share.
Quote cicicumel 11-6-2019 04:00 PM
Mmg sedap. iols setiap kali balik Dungun mmg wajib makan sini. Tp org sentiasa ramai lah. Artis2 pon klu ada shooting area ni mmg wajib singgah sini.
Quote cik_nit 11-6-2019 04:31 PM
Uishhh... Nampak mengiurkannn
Quote Victorioussss 11-6-2019 04:34 PM
Iols suke mee dan mee y berkuah
Nampak yummy

Mee atau ramen yang iols suke tgk kt utube, ichiran ramen

Too bad tak halal and ade pork
Quote puding_caramel 12-6-2019 09:41 AM
nmpk sedap. tp jauh dr umah meolls
Quote ratna 12-6-2019 12:52 PM
adesss...berair mulut..terliur wehhh...
Quote Biabetik 12-6-2019 11:49 PM
Bole cuba ni
Quote mawar_mustika 13-6-2019 09:40 AM
dh lama nk mkn mee sup champa ni dr sebelum diorg pindh lg huhuhu
Quote eina2lovers 13-6-2019 02:45 PM
dah kenapa jauh sgt????? adoi sedapnya!!!!
Quote eina2lovers 13-6-2019 02:45 PM
rospinki replied at 11-6-2019 10:51 AM
ya rabbi kat mana2 pun penuh org kaki makan..
mi berkuah ni pon feveret aku
termasuk mi bakso (skl ...

kat mana tu? fav tu bakso

Quote rospinki 13-6-2019 03:12 PM

kat klang ujung sikit satu row dgn tbp subaidah 24jam. indon niaga..better makan situ kalu tk kisah baru bole top up sambal lagi dan lagi
Quote keds 13-6-2019 03:30 PM
best! tapi jauhnya lahaiii

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062612 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top