Pelakon Nadia Brian, 28, terpaksa menunda majlis pernikahannya dengan Muizz Nasruddin yang sepatutnya berlangsung pada 19 September depan.
Bukan berdepan konflik dan sebagainya, sebaliknya mereka terpaksa mencari tarikh baru kerana lokasi sudah penuh. "Kami terpaksa tunda kerana belum ada lokasi. Sebelum ini, kami memilih 19 September kerana tarikh itu dirasakan menarik. Kami hanya mampu merancang," katanya kepada Harian Metro. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menjelaskan bahawa mereka enggan terlalu memikirkan perkara itu.
Katanya, mereka mungkin akan menunda majlis perkahwinan pada hujung tahun atau awal tahun depan. "Sebenarnya, saya dan tunang tak kisah sangat mengenai tarikh atau angka. Sekarang, kami masih lagi melakukan beberapa persediaan awal," ujarnya.
Dalam masa sama, Nadia sempat mengimbau pesanan daripada rakannya, Fasha Sandha yang menasihati supaya menikmati fasa bertunang kerana banyak cabaran dan dugaan ketika ini. Nadia berkenalan dengan Muizz selama dua tahun sebelum dilamar pada Februari lalu di Kota Paris.
Terlambat tempah lokasi ke, macam mana ni Nadia? Apapun, semoga semuanya berjalan lancar ya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|