CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Allah Tahu Bagaimana Kami Jaga Mak" - Adik Nafi Abang Sengaja Tinggal Ibu Di R&R

11-6-2019 12:10 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4827| Komen: 16|Original author: Oleh: LilRose

Pelbagai spekulasi dan tohmahan dilemparkan terhadap individu yang tidak sengaja meninggalkan ibunya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi menghala ke Kuantan ketika dalam perjalanan ke Terengganu.



Kredit foto: Facebook

Adik kepada individu terbabit menafikan sekeras-kerasnya bahawa kejadian itu disengajakan. Menerusi postingnya di Facebook, Batiah Mahadi menjelaskan bahawa abangnya merupakan tulang belakang ibu mereka. 

Malah, warga emas berkenaan manja dengan anak lelakinya itu yang menjaganya sejak berusia 19 tahun.



Walaupun terkilan dengan tohmahan dilemparkan kepada mereka, Batiah memilih untuk memaafkan sahaja.


Menerusi postingnya terdahulu, Batiah berkongsi kisah sebenar di sebalik insiden itu seperti dijelaskan adiknya, Dora Madie.

Menurutnya, ketika kejadian abang mereka dalam keadaan mamai dan tidak menyedari ibu mereka keluar dari kereta tanpa pengetahuan.

Dia sempat menasihati orang ramai supaya menjadikan insiden yang berlaku kepada mereka sebagai pengajaran agar lebih teliti apabila berjalan jauh dengan orang tua yang perlu lebih perhatian.



Ramai warganet bersetuju pihak media segaja menambah asam garam dalam penulisan mereka untuk sensasikan cerita.

Dalam masa sama, mereka bersyukur warga emas itu dalam keadaan selamat dan memberi kata-kata semangat supaya mengabaikan tohmahan warganet.


Kredit foto: FB Batiah Mahadi

Kebiasaannya orang kita terburu-buru membuat andaian tanpa cuba memahami isi laporan dan situasi sebenar. Bila berlaku kepada diri sendiri, cepat pula melenting. - CARI

Bagus
4

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 11-6-2019 01:21 PM
time raya ni tertinggal anak,
tertinggal mak,
tertinggal semua la....

kena beringat sesama kita sebelum start engine kira dulu complete ke tak ahli keluarga sebelum jalan....supaya tak berulang kes tertinggal.
Quote annehuda 11-6-2019 02:13 PM
alala akak kalau nak defend abang pun, takyah melalut smpi citer kt org abang ko kawen lambat
Quote tikusmontok 11-6-2019 02:28 PM
keds replied at 11-6-2019 01:21 PM
time raya ni tertinggal anak,
tertinggal mak,
tertinggal semua la....

yang tinggal isteri dan dua anak tepi jalan tu dah kena debik belum?
Quote ikanmasin 11-6-2019 03:07 PM
tikusmontok replied at 11-6-2019 02:28 PM
yang tinggal isteri dan dua anak tepi jalan tu dah kena debik belum?

yg ini akk tgg update..apa kisahnya ada sambungan ke .
Quote Pink_Purple 11-6-2019 09:31 PM
selepas 196km baru sedar ibu tertinggal..

tak kan la selama beberapa jam tu,xpusing tgk mak macm mana kat belakang tu..tertido ke,selesa ke tak..orang tua2 ni naik kete lama sakit pinggang, pening, mabuk, kebas kaki..

bawa ibu ke sana jangan jadikan ibu sebagai orang gaji sudah
Quote munchkin 11-6-2019 10:15 PM
Ko basak kereta bukan bawak kapal terbang. Anyway communication is very important.

Zaman dulu tak pernah dengar cam ni. Kalau ada pun sangat terpencil dan cepat cepat disedari.

Zaman sekarang 1 minit tinggal handphone pun dah patah balik. Handphone mana handphone.

Renung renungkanlah
Quote faraway1 12-6-2019 02:31 AM
Dorang bercakap laki bini dan perasan mak tak wujud dalam kereta ke apa.

196 km tu, takkan langsung tak bual dengan mak...
Quote haryatie 12-6-2019 09:20 AM
mcam2 la..
sekali pun x tengok belakang
x kn x tanya apa2 kat mak yg duk belakang tu
lg pun kereta bukan nya besar sgt smpai x perasan apa yg ada atau xde
Quote vee_zara 12-6-2019 09:36 AM
Yang bini pun bantai tido smpai tak sedar langsung tak tanya or toleh kat mak mentua.
Quote chinta89 12-6-2019 11:22 AM
munchkin replied at 11-6-2019 10:15 PM
Ko basak kereta bukan bawak kapal terbang. Anyway communication is very important.

Zaman dulu ta ...

tetringgal tepon, kompem x gerak kereta tu...
kompem cari merata tepon tu
Quote Eva_yy_Ellin 13-6-2019 10:09 AM
Entah la.
Saya cuba nak bersangka baik. Betul dia mamai. Betul dia tak perasan. Betul dia tak check betul-betul sebelum jalan.
Tapi kan...takkan dah hampir 200 km baru perasan mak tak ada? Korang tengah perang dingin ke apa? Takkan tak ada bercakap langsung? Takkan tak ada tengok cermin pandang belakang tak nampak mak? Takkan tak ada rasa pelik bila mak tak bersuara langsung sepanjang perjalanan tu?
Quote Artemesiaa 13-6-2019 02:54 PM
Sebab tu pentingnya pastikan semua ahli dah berada dalam kereta sebelum bergerak tak perlu bak beralasan apa2 sebab nampak sangat ada kelalaian disitu
Quote rain2169 15-6-2019 01:26 PM
kes ni jadi logic kalau dia tertinggal mak dia dan after less than 5 km
tengok belakang baru nampak mak tak ada.....
tapi kalau dah hampir 200km baru baru hang nak perasan mak hang
tak de kat situ....... hmmmmm sangat pelik...... memang sangat pelik.....
Quote ctaz 16-6-2019 04:15 PM
udah tinggl dkt 200km baru sedo..
nampak beno bedaahnyer....
Quote renko 17-6-2019 11:24 AM
Edited by renko at 17-6-2019 11:26 AM

mcm2 alasan la bagisiap bagitahu orang utang bape bagai
butoh la
Quote mohdcrow 18-6-2019 10:16 AM
mamai camna bawak keta...level ngantuk la kan mamai ni?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.179083 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top