Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) tidak dapat dikesan selepas gagal melaporkan diri ke institusi berkenaan pada 10 Jun lalu selepas pulang bercuti. Maklumat tentang kehilangan Muhammad Harraz Hilmi Mohd Shukri, 16, tular melalui media sosial sejak 11 Jun.
Merujuk kepada status seorang pengguna Facebook, kali terakhir Muhammad Harraz Hilmi dapat dihubungi keluarganya adalah pada pukul 12.40 tengah hari, 10 Jun melalui aplikasi WhatsApp. Lokasi terakhir remaja berkenaan dipercayai di Putrajaya dan difahamkan, bapanya akan membuat laporan polis berhubung anaknya itu. Dia dikatakan menaiki bas dari Kelantan ke Putrajaya Sentral dan sempat menghubungi keluarganya di destinasi terakhir perjalanan bas tersebut. Muhammad Harraz Hilmi juga sepatutnya melaporkan diri di MTD selewat-lewatnya pada pukul 6 petang, 10 Jun. Turut dipaparkan dalam status Facebook tersebut adalah nombor telefon bapa dan ibu Muhammad Harraz Hilmi. Sama-samalah kita berdoa agar Muhammad Harraz Hilmi ditemukan segera dalam keadaan selamat. -CARI
|
wirazam replied at 11-6-2019 09:13 AM
harap segera dijumpai...kalau ko sengaja lari, habislar kena hencap dgn forummer
wirazam replied at 11-6-2019 05:12 PM
kacak?? well masing2 punya mata yg tgk kan
ADVERTISEMENT