Pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu tidak pernah lupa hidup susah meskipun sudah digelar selebriti. Perkara itu dinyatakan melalui satu hantaran Instagram milik Shuib yang mempaparkan dia bergambar berlatar belakang rumah tempatnya membesar.
Turut serta ialah isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan tiga anaknya iaitu Uwais Alqarni 7 tahun, Dzahira Talita Zahra 6 tahun dan Ariq Matin 3 tahun. "Dari umur lapan bulan sampai umur 17 tahun, inilah rumah tempat saya dibesarkan, tiap-tiap petang ambil pakai baldi, mandi di parit, tandas di luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita. "Tak ada motor, cuma ada basikal", tulisnya di Instagram.
Dia juga berkata, hanya mendapat 50 sen untuk belanja sekolah dan sering menangkap belut pada hujung minggu untuk dijual bagi menampung perbelanjaan. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, pengalaman membesar di rumah papan itulah yang mengajarnya erti kehidupan. "Belajar sebenar erti susah sebenar, belajar menghargai setiap apa yang ada. Belajar bersyukur dengan nikmat Allah", kata Shuib. Dia turut menyatakan agar isteri dan anak-anaknya sentiasa mensyukuri kurniaan Tuhan pada masa yang sama sentiasa sedia menghadapi ujian. "Sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah. Bersedia dengan setiap ujian Allah, susah juga ujian, senang juga ujian", katanya sambil mengakhiri hantaran dengan tanda pagar #pesananuntukdirisendiri.-CARI
|
unguaurora replied at 11-6-2019 04:47 PM
Heols ni banjar tp ramai igt jawa.
unguaurora replied at 11-6-2019 04:47 PM
Heols ni banjar tp ramai igt jawa.
wirazam replied at 11-6-2019 04:53 PM
bagusnya si sarah terima shuib seadanya
caprut replied at 11-6-2019 04:53 PM
apa beza banjar ngn jawa
prizadane: Zaman kau sekolah tu shuib oi, 50sen tu standard la. Kau ni lebih kurang baya aku je. Plus, sekolah kat area kampung, 50sen tu dah cukup. Lain la zama ...
rotijohanz replied at 11-6-2019 06:11 PM
lorh..saarah tu bkn nye ank raja,kerabat,jutawan bagai..sekufu la tu. lain la kalo neelopa..tp bru ...
ADVERTISEMENT