CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sumbat Mayat Dalam Kotak, Cemburu Kekasih Bual Dengan Lelaki Lain

11-6-2019 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6494| Komen: 30|Original author: Oleh: Myra Rozi

Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak membunuh teman wanitanya sebelum menyumbat mayatnya ke dalam kotak.

Kejadian yang berlaku di simpang Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah, Johor Bahru itu berpunca apabila lelaki berkenaan tidak berpuas hati mangsa berbual dengan lelaki lain.


Harian Metro melaporkan, kepala mangsa dipukul menggunakan tangan dan paip getah sehingga cedera dan rebah.

Sebelum ini mangsa dilaporkan keluar rumah pada 28 Mei, tidak pulang dan gagal untuk dihubungi.Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata,

“Sebaik tiba di premis itu, pegawai kami memperkenalkan diri kepada lelaki berusia 35 tahun yang juga pembuat gigi palsu itu sebelum membawa lelaki itu ke IPK bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita berusia 33 tahun.

“Hasil soal siasat, lelaki itu mengaku dia dan mangsa kekasih sejak lapan tahun lalu sebelum mendedahkan mangsa dibunuh di premisnya dan membawa polis ke tempat mayatnya dibuang.


“Berikutan itu, 6.30 petang semalam, lelaki terbabit membawa polis ke persimpangan Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah dan menunjukkan mayat yang disimpan di dalam kotak."

Foto: Harian Metro
Suspek memasukkan mayat ke dalam kotak yang dibalut kanvas plastin dan ditinggalkan di premis perniagaannya.

Disebakan mayat berbau busuk, dia balut kotak berkenaan dengan plaster siling pula.

“Bimbang kejadian itu diketahui, suspek meminta bantuan rakan lelakinya berusia 32 tahun yang juga kerani, mengangkat kotak berisi mangsa dan membuangnya ke lokasi mayat ditemui.

“Hasil penemuan mayat di lokasi, kami meminta bantuan patologis dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Aznool Hadi untuk menjalankan pemeriksaan bagaimanapun tidak boleh melakukannya disebabkan kotak ditutup menggunakan plaster sebelum mayat yang masih di dalam kotak dibawa ke HSA.

“Proses bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin dan ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine."

Suspek pertama yang beralamat terakhir di Taman Setia Indah di sini ada dua rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah manakala suspek kedua beralamat terakhir di Chaah, Segamat mempunyai rekod berkaitan kes jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. -CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 11-6-2019 05:36 PM
plaster siling pula dah
hebakkkkk dia punya nak tutup salah
Quote jazaa100 11-6-2019 05:55 PM
Aku ingt kat luarnegara.....
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 06:26 PM
dah 8 tahun kepal pun tak percaya
pada kekasih?
Quote CiliPadiSedap 11-6-2019 07:02 PM
Akak 8 tahun kahwin xde pun tanam suami akak kalau dia berbual dengan mana2 wanita..emosi kena kawal..




Rahsianya kacip vokuru keluaran edaran sista dodolgemuk.. terlajak kemut
Quote Abot 11-6-2019 07:16 PM
da duduk kt taman setia jgn la sebok nk mencurang {:yameteh
Quote Pink_Purple 11-6-2019 07:20 PM
jazaa100 replied at 11-6-2019 05:55 PM
Aku ingt kat luarnegara.....

saya pun..ingat di india ke..
Quote Syd 11-6-2019 07:31 PM
Kakak banyak rahsiakan hubungan'

SELASA, 11 JUN 2019 @ 7:07 PM

LOKASI penemuan sebuah kotak berisi mayat seorang wanita cina berumur 33 tahun dibuang di Taman Setia Indah Johor Bahru. NSTP/Ihsan PDRM

JOHOR BAHRU: Wanita yang ditemui mati dibunuh sebelum disumbat dalam kotak kelmarin, dikatakan kembali bersama kekasihnya selepas empat tahun memutuskan hubungan.

Adik lelaki mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata kakaknya amat berahsia mengenai hubungan berkenaan.

“Saya percaya kakak kembali bersama teman lelakinya selepas empat tahun memutuskan hubungan demi melindungi keluarga terutama anak perempuannya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, hari ini.

Beliau berkata, kakaknya mempunyai anak perempuan berusia enam tahun hasil bersama lelaki itu dan memutuskan hubungan selepas mengetahui suspek sudah berkahwin.

“Awal tahun lalu, kakak saya kembali bersamanya kerana bimbang dengan keselamatan keluarga. Dia sayangkan anak perempuannya dan sentiasa mahu keselamatan anaknya terjamin,” katanya

Semalam, mayat seorang wanita berusia 33 tahun ditemui disumbat dalam kotak kayu dengan kanvas membaluti tubuhnya selain disaluti simen plaster siling di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Daya, dekat sini.

Polis percaya mangsa adalah wanita yang dilaporkan hilang sejak 28 Mei lalu sebelum dibunuh oleh kekasihnya yang juga pembuat gigi palsu.

Adik mangsa yang berusia 29 tahun, berkata keluarganya masih menunggu untuk menjalani proses pengecaman mayat di HSA dan berharap mayat ditemui bukan kakaknya.

Katanya, kakaknya yang meninggalkan anak di bawah jagaan ibu mereka, banyak merahsiakan hubungannya dengan lelaki itu namun mereka yakin dia pernah dikasari berdasarkan parut pada tubuhnya.
Quote joy_ah 11-6-2019 07:33 PM
Katanya kat metro ada anak dgn lelaki tersebut
Quote Pink_Purple 11-6-2019 07:36 PM
jahatnya jantan..

kawan yang tolong buang mayat xpasal2 kena
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 08:44 PM
anaknya tu ada dokumen ka?
entah macamana masa depannya..
Quote jazaa100 11-6-2019 09:03 PM
Pink_Purple replied at 11-6-2019 07:36 PM
jahatnya jantan..

kawan yang tolong buang mayat xpasal2 kena

Pekerja dia yg tlg buangkn mayat tu....
Quote jazaa100 11-6-2019 09:05 PM
Kesiannya.....

Sanggup berkorban demi anak....mesti jantan celaka tu ugut klu tak bersama dia, anak dia akn diapa apakan....
Quote Pink_Purple 11-6-2019 09:09 PM
jazaa100 replied at 11-6-2019 09:03 PM
Pekerja dia yg tlg buangkn mayat tu....

tq krnbuat pembetulan...





Quote belilies 11-6-2019 09:14 PM
CiliPadiSedap: Akak 8 tahun kahwin xde pun tanam suami akak kalau dia berbual dengan mana2 wanita..emosi kena kawal..Rahsianya kacip vokuru keluaran edaran sista dod ...

Iols mmg sll terhibur tatkala membaca 2 nama yang tak lekang dari titipan hakak cps.
Quote sukacactus 11-6-2019 09:14 PM
Toxic relationship
Nak move on tp maybe dia kesiankan ank dia plak
Quote tumpanglalu74 11-6-2019 09:37 PM
Festaim aku bace berite sini yang sampe nama sapah pon tak sebut..  Boring la.  Daku tak dapat cari akaun fesbuk sesape..
Quote faranaimm 11-6-2019 11:14 PM
Apa sampai wat bnda mcm ni ..aduhai
Quote dua_chzy 11-6-2019 11:29 PM
Syd replied at 11-6-2019 07:31 PM
Kakak banyak rahsiakan hubungan'

SELASA, 11 JUN 2019 @ 7:07 PM

Jantan abusive ni memang bajingan kan? Akak teringat testimoni sorang foromer yang ngaku pernah bercinta (or dah sampai tahap menikoh?) dengan jantan abusive pembunuh yang mana kesnya pernah masuk CI ni (ala jantan bangsat yang bunuh gilfren yang dibawanya dok serumah dengan dia dan isteri doktor kat Kedah tu). Dari testimoni foromer tu, akak boleh imagine bagaimana nerakanya hidup beliau bersama dengan jantan tu. Diugut bukan takat nak bunuh dia but seluruh family if tinggalkan dia. Bertahun2 baru dia boleh lepas sepenuhnya dari bangsat tu. Tu pun after pelbagai drama. Syukur la. Jika tidak barangkali dia yang jadik mangsa bunuh.
Quote torres9 12-6-2019 12:55 AM
jazaa100 replied at 11-6-2019 05:55 PM
Aku ingt kat luarnegara.....

Kat johor kes rogol tinggi, sungai paling banyak tercemar.. Ni kes ni pulak.. Aku ingat luar negara jugak

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.088938 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top