CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Gara-Gara Nampak Remaja, Faezah Elai Terima Lamaran Teruna - Heykal Kurang Senang

12-6-2019 02:45 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 25816| Komen: 106|Original author: Oleh: Azza




"Nampak macam 16 tahun, tapi hakak dah 37 tahun. Adik teruna jangan dok DM benda merapu ya!"

Itu kapsyen aktres Faezah Elai dalam kemaskini yang terbarunya. Dalam pos yang panjang lebar Faezah menjelaskan yang beliau banyak menerima mesej-mesej lamaran dan sebagainya daripada warganet terutamanya lelaki muda. Oleh sebab itu, dia perlu menjelaskan segala-galanya bahawa dia sudah berusia lewat 30an, bersuami dan mempunyai 2 anak kandung serta menjaga 3 anak tiri.

Sekadar minat tak salah tapi statusnya sebagai isteri perlu dipelihara, jadi mereka yang pernah menghantarnya mesej perlu sedar dengan status ini.

"Hakak memang macam Jessica Alba tapi dalam gambaq ja, kat umah macam hantu Kak Limah."



Kredit foto: IG

Menurut Faezah lagi, mungkin kerana dia tidak begitu banyak berlakon (pelakon sendu) menyebabkan ramai yang tidak tahu statusnya, jadi untuk mengelakkan fitnah maka dia kerap memuat naik gambar bersama suaminya, Heykal Hanifah. Lagi pula suaminya turut menyatakan perasaan kurang senang dengan mesej tersebut membuatkan dia perlu tampil dengan penjelasan.

"Ampa jangan salah paham, hakak habaq ni bukan nak buat best perasan cantik,
but it seems my husband tak berapa nak berkenan, maklumlah husband dalam hati ada taman."

Foto :IG

Bagi Faezah, penampilannya yang melawa di media sosial adalah kerana menjalankan tanggungjawab membuat ulasan mengenai produk-produk fesyen dan kecantikan. Sebab itu lah ruangan komen dihadkan supaya tiadanya komen atau pujian berlebihan, takut riak pula katanya.

Warganet turut memuji penampilan Faezah Elai yang semakin cantik dan kekal muda remaja serta tidak kisah dengan gambar-gambar di media sosial kerana boleh 'cuci mata' juga.


Foto : IG

Apa pun, penampilan Faezah memang nampak lebih cantik, tidak hairanlah ramai anak muda yang terpikat. Tapi awas! suaminya dah beri amaran, jadi jangan komen yang merapu ya semua. - CARI 

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 12-6-2019 02:55 PM
filter terlebih dia ni, kalo tgk dlm drama atau real life, menggerutu je muka tu
Quote sharlenetexas 12-6-2019 02:57 PM
Berparut jerawat muka dia ni. Takde licin pun.
Quote BoongaKertas 12-6-2019 02:59 PM
lee_sakura replied at 12-6-2019 06:55 AM
filter terlebih dia ni, kalo tgk dlm drama atau real life, menggerutu je muka tu

dia ada drama baru ke chuols? sbb feloles jer meols tgk kat ig tu
Quote krustykrab 12-6-2019 03:00 PM
lee_sakura replied at 12-6-2019 02:55 PM
filter terlebih dia ni, kalo tgk dlm drama atau real life, menggerutu je muka tu

Betui tu....mcm kawah...hadik2 yg dm dia tu tertipu...or die je acah2 kna kacau padahal nan hado
Quote abangadek 12-6-2019 03:00 PM
dia memang cantik pun
Quote sekel 12-6-2019 03:02 PM
awat putih bebenor muka dia
Quote NazRysha 12-6-2019 03:04 PM
minat la dia ni
berubah ke arah yang lebih baik
dulu2 punya la seksi
Quote lee_sakura 12-6-2019 03:05 PM
BoongaKertas replied at 12-6-2019 02:59 PM
dia ada drama baru ke chuols? sbb feloles jer meols tgk kat ig tu

ada kt rtm bulan lepas, lakinya pon berlakon jg dlm last scene drama tu
Quote manehnya 12-6-2019 03:07 PM
nak habak kata dia tu segak ... x padan ngan heykal mcm tokwan gitue
Quote putehkundor 12-6-2019 03:09 PM
kulit macam porcelain.....pakai produk timbang kilo jugak k
Quote mistified 12-6-2019 03:11 PM
Laki dia dh slim down. Bkn dulu bambam kan.
Quote dineo 12-6-2019 03:12 PM
NazRysha replied at 12-6-2019 03:04 PM
minat la dia ni
berubah ke arah yang lebih baik
dulu2 punya la seksi

dia pakai brand proper hijab , tudung tu mmg labuh and sgt selesa
iols pn pakai
Quote momopoko 12-6-2019 03:14 PM
ada gambar dari orang lain? kalu IG sendiri kurang percaya bab putih, flawless skin tu.
Quote myakayina 12-6-2019 03:17 PM
manehnya replied at 12-6-2019 03:07 PM
nak habak kata dia tu segak ... x padan ngan heykal mcm tokwan gitue

tak baik tau hang..
Quote seri_mawr 12-6-2019 03:18 PM
lawa lah tudung dia.....
Quote NazRysha 12-6-2019 03:18 PM
dineo replied at 12-6-2019 03:12 PM
dia pakai brand proper hijab , tudung tu mmg labuh and sgt selesa
iols pn pakai

tapi lawa la tudungnya kan


Quote keds 12-6-2019 03:20 PM
Dia memang cantik...
Quote ainashiqa 12-6-2019 03:21 PM
Cantik la dia ni..
Quote buapakperut 12-6-2019 03:25 PM
akak pun tau muka akak kat ig je nampak 16 tahun. hakimatnya macam kena bom atom

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069035 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top