Ain Afini Latif mengucapkan terima kasih kepada Pencetus Ummah (PU) Abu kerana dengan rela hati mengurus dirinya dan anak lelaki mereka di hospital.
Ain selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital kerajaan di Shah Alam dan memuat naik sebuah posting di akaun instagram.
Ain memuat naik gambar bayinya dengan kasyen yang menyayat hati:- "Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official . Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat. "Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian.
"Pilihlah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah. Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni," tulisnya di instagram
|
sarahmirza replied at 12-6-2019 01:17 PM
Takde gambar bertiga...
Makcik pakcik bawang percaya maknanya rumahtangga tak bahagia...
ADVERTISEMENT