CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gigi 'Hilang' Tumbuh Dalam Testikel Remaja

12-6-2019 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3000| Komen: 9

Remaja lelaki berusia 13 tahun menjalani pembedahan luar biasa selepas doktor menemui giginya yang 'hilang' pada rahang, tumbuh di dalam testikelnya.


Kredit foto: Metro/Morozov Children Hospital/east2west news


Memetik Metro, pasukan perubatan Rusia pada mulanya bimbang ketulan itu sebenarnya tumor, tetapi terkejut apabila imbasan menunjukkan sesuatu yang luar biasa.

Sejurus itu, doktor menjalankan satu pembedahan bagi mengeluarkan gigi itu di Hospital Kanak-kanak Morozov di Moscow.

Dalam kenyataannya, pihak hospital berkata ia merupakan gigi geraham kedua atau ketujuh pada rahang atas. Lazimnya, gigi itu akan digantikan dengan gigi kekal apabila kanak-kanak mencapai usia 10 atau 12 tahun

Menurut doktor, kejadian luar biasa itu berlaku disebabkan proses genetik sebelum pesakit lahir, di mana mereka percaya tumor teratoid berkenaan tumbuh akibat kegagalan sel stem.



Kredit foto: Metro/Morozov Children Hospital/east2west news

Pakar bedah Dmitry Tarusin yang mengetuai pembedahan itu berkata, hasil imbasan menunjukkan terdapat objek di dalam kemaluan pesakit yang kelihatan seperti batu kerikil dalam buah pinggang.

Selepas dibedah, mereka dapati objek itu merupakan gigi geraham ketujuh yang hilang dan tumbuh di dalam testikel pesakit.

Tambahnya, bidang sains pergigian pernah merekodkan kejadian di mana gigi seorang pesakit tumbuh di dalam paru-paru.

"Namun, kes ini (gigi tumbuh dalam testikel adalah perkara luar biasa," katanya.

Doktor percaya keadaan uniknya itu tidak akan menjejaskan kesihatan dan kesuburannya dewasa kelak. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 12-6-2019 01:32 PM
tapi gigi kan keras, kalau tumbuh kat situ mesti sakit tu..
Quote sarahmirza 12-6-2019 01:40 PM
nononcrux replied at 12-6-2019 01:32 PM
tapi gigi kan keras, kalau tumbuh kat situ mesti sakit tu..

Sebab sakit kot doktor scanned kat situ..
Nampak la sesuatu yg difikirkan tumor tapi rupanya gigi
Quote tumpanglalu74 12-6-2019 01:44 PM
Kene sise radioaktif kot..  Kan 1986 dulu ade kes?  
Quote buapakperut 12-6-2019 02:09 PM
kalau pempuan dah jari cerita teeth tu... vagina dentata
Quote buapakperut 12-6-2019 02:11 PM
tumpanglalu74 replied at 12-6-2019 05:44 AM
Kene sise radioaktif kot..  Kan 1986 dulu ade kes?

Chernobyl tu ke, tu area mana ea.. mungkin la kot. budak ni jadi x men sat
Quote airmineral 12-6-2019 02:39 PM
mcm sakit je empunya badan menanggung gigi itu
semoga cpt sembuh
Quote ^pomen_GTR^ 12-6-2019 02:49 PM
wow anunya boleh menggigit dan mengunyah...
Quote DeeHanania 12-6-2019 06:16 PM
Ngeri yer
Menahan kesakitan yaamat
Quote missycutie 15-6-2019 06:45 PM
Macam2...
.....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.044350 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top