CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Parah Leher Tertusuk Jeriji Besi Di Hospital

12-6-2019 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4452| Komen: 31

Tular di media sosial sejak semalam gambar warga emas cedera parah tertusuk jerisi besi selepas dipercayai pengsan dan terjatuh berhampiran kaunter farmasi hospital di Taiping.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku ketika lelaki berusia 78 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.



Foto: Sinar Harian

Ketika itu, dia dikatakan mengambil angin di luar sementara menunggu anaknya mengambil ubat untuknya di kaunter farmasi.

Dakwa anaknya seperti dipetik dari Sinar Harian, dia membawa mangsa ke hospital itu kira-kira jam 6 pagi untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami masalah pendarahan di saluran najis.

Usai mendapatkan rawatan, anak mangsa ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat, manakala bapanya menunggu berdekatan kawasan kaunter.

“Selesai mengambil ubat, saya pergi untuk mencari bapa dan terkejut apabila mendapati orang ramai menjerit dan mengelilingi bapa.


“Saya menjadi panik dan terkejut apabila mendapati leher bapa tertusuk jeriji besi dan mengalami pendarahan yang banyak,” katanya kepada Harian Metro.

Doktor dan jururawat yang berada di situ membantu dan membawa mangsa yang sudah tidak sedarkan diri mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya, bapanya masih menerima rawatan di hospital berkenaan, namun keadaannya kini sudah stabil. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 12-6-2019 03:53 PM
Isk ngeri seh
Quote insulin 12-6-2019 04:13 PM
Ya Allah. Ngerinya. Semoga pakcik ni cepat sembuh.
Quote chinta89 12-6-2019 04:13 PM
bahayanya jeriji mcm ni.

lps ni hrp ada tindakan sepatutnya.
Quote RatuDunia94 12-6-2019 04:23 PM
Pagar tu HAZARD!
Quote najib888 12-6-2019 05:20 PM
Diabetic collapse kot. Tgh dok menikmati keindahan laman hospital,tetiba tekanan darah kacau..

Tapi memang betul pun pagar tu jenis hazard. Kalau nak guna gak pagar jenis camtu, sepatutnya kena lebih tinggi at least 5 kaki.
Quote coyote_ugly0911 12-6-2019 05:22 PM
Adoiiiiiii!!! I plk yg rase seram ngilu n pedih.. mcmana bole p jatuh n tercocok tekak kt situ pacik oiiii???  
Quote paz 12-6-2019 05:31 PM
Jeriji tu tak sesuai lah... Harap pakcik sembuh cepat.
Quote Malaysia.Doom 12-6-2019 05:38 PM
APA benda la hospital mcm ni..third world country..

Sila panggil tukang Besi gunung Jerai repair

Quote berusjamban 12-6-2019 06:03 PM
Bodohnye la kt hospital letak pagar mcmtu
Quote Foxey 12-6-2019 06:12 PM
Ya Allah, ngeri baca, apatah lagi nak tengok. Semoga pakcik cepat sembuh
Quote giyomi 12-6-2019 08:05 PM
aduhhhhhh... akak yg terasa nyilu and sakit
Quote insulin 12-6-2019 08:06 PM
berusjamban replied at 12-6-2019 06:03 PM
Bodohnye la kt hospital letak pagar mcmtu

Gomen xde duit untuk pasang pagar baru kut... haha
Quote berusjamban 12-6-2019 08:12 PM
insulin replied at 12-6-2019 08:06 PM
Gomen xde duit untuk pasang pagar baru kut... haha

Xyah letak pagar pun xpe
Quote insulin 12-6-2019 08:14 PM
berusjamban replied at 12-6-2019 08:12 PM
Xyah letak pagar pun xpe

Ermmm... Betul juga tu...
Quote Farhaz 13-6-2019 01:11 AM
Kesiannya pakcik.. Moga pakcik cepat sembuh..
Quote pyropura 13-6-2019 01:46 AM
Malaysia.Doom replied at 12-6-2019 05:38 PM
APA benda la hospital mcm ni..third world country..

Sila panggil tukang Besi gunung Jerai repair: ...

Tu lah jadinya kalau semua bawah tapak kaki mulayu
... Memang 3rd world pun, acik2 kepam kat sepital gomen dok sebok hias sepital macam deco melayu kampung totok - merata2 ataih bawah ditepeknya bunga plastik.... So far hanya sepital Sg Buluh je yg aku tengok nampak cam sepital kokesen sikit
Quote emelia1509 13-6-2019 02:29 AM
Tragis..
Semoga ok je pakcik ni.
Quote berusjamban 13-6-2019 05:31 AM
pyropura replied at 13-6-2019 01:46 AM
Tu lah jadinya kalau semua bawah tapak kaki mulayu
... Memang 3rd world pun, acik2 kepam ka ...

KAnnn pastu tepek2 origami. Kau ingat tadika ke
Quote Malaysia.Doom 13-6-2019 06:42 AM
pyropura replied at 13-6-2019 01:46 AM
Tu lah jadinya kalau semua bawah tapak kaki mulayu
... Memang 3rd world pun, acik2 kepam ka ...

Nak Cari tukang Besi Sg Batu sila PM @sarah82 dia tahu nombor tukang Besi Kedah Tua, biji Besi nya ambil dari Gunung Jerai.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038507 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top