Hati ibu mana yang tidak gembira melihat penderitaan anak kecil telah berakhir. Demikian perasaan ibu kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang selamat menjalani pembedahan membuang tumor pada Isnin lalu. Lebih menggembirakan, bayi
berusia lapan bulan itu yang telah sedar, seolah-olah telah boleh berborak
dengan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dalam satu video yang dikongsikan oleh
bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24. Dalam video di Facebooknya itu,
Ainul Mardiah seakan akan berkomunikasi dengan ibunya yang kelihatan sedang
mengagahnya. Astro Awani melaporkan, video
berdurasi 39 saat itu turut menggunakan musik latar lagu yang sama dengan nama
bayi berkenaan, yang dipopularkan kumpulan UNIC. Jelas dilihat dalam video
berkenaan, Ainul Mardhiah seakan tersenyum dan memberi reaksi setiap kali diagah
ibunya. Matanya hampir tidak berkelip dan tetap memandang wajah ibunya.
Sementara itu, kisah Ainul
Mardhiah nyata berjaya merapatkan netizen di negara ini. Menerusi komen komen
di Facebook Ahmad Safiuddin, rata rata netizen berkata, kisah penderitaan Ainul
Mardhiah sebelum ini telah menyatukan hati rakyat Malaysia. Pemilik akaun Sinyee Eng menulis, "kemarahan menimbulkan pertengkaran, kasih sayang menghasilkan harmoni, baby
Ainul istimewa menyentuh semua rakyat Malaysia, bersatu hati." Hasnolazuan Sani pula berkata, "berjuta
orang mendoakan untuk baby Ainul, Tuhan hantar seorang gadis kecil untuk
menyatukan kita semua." Hisham WC dalam pada itu berkata, "bayi kecil ini menyatukan kita semua tidak kira bangsa." Pemilik akaun Hasliza Leeza sementara itu pula menulis, "Semua bersatu hati mendoakan kamu Ainul sayang.." Malah, sebuah fan page Facebook tidak
rasmi yang mengemaskini keadaan Ainul Mardhiah juga telah diwujudkan. Page
dengan nama Doa Untukmu Ainul kini telah diikuti lebih 27,000 orang. Ainul pada Isnin telah melalui pembedahan selama lima jam di sini, untuk membuang tumor seberat 200 gram dimulutnya akibat germ cell tumor. - CARI |
dua_chzy replied at 12-6-2019 05:48 PM
Nak dengar baby Ainul borak. Bukak la bidyo. Tengok2 suara jantan nyanyi2 syahdu kuar. Putong aaaah! ...
ADVERTISEMENT