“Inilah kifarah Tuhan selepas bertahun-tahun dia menghina Diva AA di hadapan arwah ibu, Mak Tom dan saya hanya bersabar." Demikian kata Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA ketika mengulas mengenai kontroversi panas abangnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Berkata kepada Kosmo!, Azwan, 53, mencabar Azmin untuk membersihkan semula namanya dengan membuat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid. “Muhasabah dirilah wahai Azmin walaupun saya tahu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan isu ini. “Kalau Azmin katakan bukan dirinya yang dalam video itu, saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid. Semoga bala tidak turun sebaik sahaja dia berbuat demikian,” cabarnya.
Menerusi Twitternya, Azwan Ali menegaskan dia tidak menyebelahi abangnya. Sebaliknya, meluat dengan cara pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah. Sementara itu, adik perempuan kepada menteri terbabit, Ummi Hafilda Ali menerusi Facebook turut mengecam keras skandal membabitkan Azmin. Allah jawab doa aku Min... Menerusi luahannya, kelihatan beliau sangat kecewa dan marah dengan Azmin hingga meminta supaya abangnya itu diharamkan daripada menjadi pemimpin rakyat Malaysia. Sebelum ini, Haziq Aziz memuat naik video pengakuan bersumpah menyatakan dia dan Azmin Ali terbabit dalam video tular menunjukkan adegan panas antara dua lelaki. Semakin panas membara isu ini. Apakah kesudahannya? - CARI
|
ADVERTISEMENT