CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sangkakan Sakit Gastrik Rupanya Ada Batu Karang - Safura

13-6-2019 06:33 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 11624| Komen: 61|Original author: Oleh: SakuraJo

Pada awalnya, cuma ingatkan suaminya terkena gastrik namun lain pula yang terjadi. Penyanyi Safura Ya'cob mengkhabarkan suaminya, Sahronizam Noor dimasukkan ke hospital Batu pahat pagi ini dan doktor mengesahkan ada batu karang. 


“Ingatkan abang (suami) kena gastrik tetapi selepas pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan ada batu karang,” kata Safura kepada Harian Metro. 

“Malam ini saya ada program di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor Bahru. Jadi, saya singgah di rumah anak saudara di Ayer Hitam untuk beraya. Awal pagi tadi, secara tiba-tiba abang mengadu sakit perut yang teruk.

Gambar suami Safura, kredit Harian Metro

“Saya fikir dia kena gastik, jadi saya bagi dia makan ubat. Tapi tak jalan juga. Disebabkan itu, saya minta bantuan anak saudara untuk bawa abang ke klinik berhampiran. Selepas diberikan suntikan, sakitnya reda seketika.


“Namun, tidak lama selepas itu abang mengadu sakit lagi. Doktor mencadangkan supaya dibawa terus ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan menerusi air kencing, terdapat jangkitan kuman dalam air kencing dan ujian imbasan X-Ray mendapati abang ada batu karang,” terangnya lagi. 

Menerusi laman Instagram juga Safura ada memuat naik status berkenaan suaminya yang ditahan di hospital. 


“Sebelum ini abang sakit perut biasa sahaja. Kalau buang air kecil pun okay sahaja. Namun, tadi selepas pemeriksaan air kencing ada darah pula.

“Memandangkan batu karang yang dikesan masih peringkat awal, jadi kena tunggu apa cadangan doktor. Sama ada perlu makan ubat sahaja atau buat pembedahan,” ujarnya.

Sama-sama kita doakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote giyomi 13-6-2019 07:20 PM
so...penting sgt ker citer bodo ni. btw, who the hell are yusss
Quote putehkundor 13-6-2019 07:29 PM
semoga kak safura cepat sembuh... meols antara yg sentap dan menyebai sbb lagu safura..sedalam mana cintamu tak terpilih utk ke final ajl 98...sheols nyanyi best sgt...
Quote danieladam 13-6-2019 07:49 PM
giyomi replied at 13-6-2019 07:20 PM
so...penting sgt ker citer bodo ni. btw, who the hell are yusss

Adakah chuols bbnu yang lahir tahun 2000an?
Quote danieladam 13-6-2019 07:55 PM
Get well soon husband safura..

Pada yg mengwhoareyuskan safura ni, safura adalah rival Liza Hanim di waktu awal kemunculan nya. Ala ala Kak Mitch Donat dan Siti Sarah gitew la.

Tp sayang, Safura mcm tak serius menyanyi dah lepas album ke 4 sheols. Banyak kot lagu Safura yg hits dlu..Sedalam Mana Cintamu, Jangan Menangis Sayang, Rinduku Semakin Kuat, Kala Cinta Itu Buta...eh banyak lagi lah.

Quote helicornia 13-6-2019 08:17 PM
putehkundor replied at 13-6-2019 07:29 PM
semoga kak safura cepat sembuh... meols antara yg sentap dan menyebai sbb lagu safura..sedalam mana  ...

husben dia yg sakit sis
Quote sukacactus 13-6-2019 08:40 PM
Sian, di whoareyous kan plak
Padahal suami isteri org seni
Moga cepat sembuh
Quote matchstick 13-6-2019 08:41 PM
Wpun ada yg mengwhoareyuskan couple ni, yg pasti kedua2 nya bukan retis tibaiunta.. Kak pura tu zaman sheols ngetop nyanyi best belakon pun bagus. Suami nya pun lakonan bagus.
Semoga cepat sembuh suami kak pura.
Quote fazila17 13-6-2019 08:49 PM
Batu karang kat bahagian mana?

Moga segera sembuh
Quote akumak 13-6-2019 08:54 PM
Laki dia ni 'suami' maya karin tau dlm PHSM..
Quote fadz84 13-6-2019 09:20 PM
danieladam replied at 13-6-2019 07:55 PM
Get well soon husband safura..

Pada yg mengwhoareyuskan safura ni, safura adalah rival Liza Hanim ...

I suka lagu Perutusan Hiba
Quote RatuDunia94 13-6-2019 09:37 PM
putehkundor: semoga kak safura cepat sembuh... meols antara yg sentap dan menyebai sbb lagu safura..sedalam mana cintamu tak terpilih utk ke final ajl 98...sheols  ...


Yess.. Sedalam Mana Cintamu snubbed out teruk yach.  Jauh lbh layak dr Wajah Kekasih tipikal balad Adnan Abu Hassan.
Quote RatuDunia94 13-6-2019 09:40 PM
danieladam: Get well soon husband safura..Pada yg mengwhoareyuskan safura ni, safura adalah rival Liza Hanim di waktu awal kemunculan nya. Ala ala Kak Mitch Donat ...


Safura masuk industri kira dh lewat juga umur sheols dh 26 gitu.. sebelum tu byk menyanyi kat club. X patut sheols kalah Artis Baru Wanita Terbaik kat AIM98. Padahal vokal sheols sgt lain dr vokalis2 zaman tu..
Quote Rapz 13-6-2019 10:18 PM
Semoga cepat sembuh & dipermudahkan urusan nya...kak pura nie suka dgr lagu duet dia ngan ezad 'Andang cintaku menyala' vc ala2 karok ngan lirik gitu....
Quote johan-adx 13-6-2019 10:21 PM
Ni romantic couple..jrg berenggang
Quote nuhanis 13-6-2019 10:24 PM
Husband dia hensem weh dedulu..bagi aku la..hahahaha
Quote putehkundor 13-6-2019 10:30 PM
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 09:40 PM
Safura masuk industri kira dh lewat juga umur sheols dh 26 gitu.. sebelum tu byk menyanyi kat cl ...

uols ingat tak dulu...ifa puk2 jumpa bomoh sbb sakit, lepas tu tok moh tu kata safura yg guna2 sbb dengki dgn ifa. aiyoo... masa tu i fikit apa logiknya safura nak dengki dgn ifa.....kerjaya masa tu mcm langit dan bumi....
Quote danieladam 13-6-2019 10:53 PM
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 09:40 PM
Safura masuk industri kira dh lewat juga umur sheols dh 26 gitu.. sebelum tu byk menyanyi kat cl ...

Safura ditewaskan oleh Camelia dalam kategori artis baru wanita terbaik. Calon lain waktu tu Liza Hanim, Arni Nazira dan Noryn Aziz. Iols rasa mmg vokal Safura masa tu sangat rare dan live sheols pon agak baik masa tu. Dalam GV baru ni, macam haukz pulak.

Camelia juga menewaskan Safura dalam kategori vokal wanita terbaik sekaligus menewaskan Tok Ti, Ziana Zain dan Ning Baizura masa tu.

Kira sheols kedua terbaik la sebagai artis baru terbaik sebab bolos ke vokal wanita dgn Camelia.

And yes..iols setuju Sedalam Mana Cintamu tu lagi layak ke AJL dari Wajah Kekasih patutnya. Even iols rasa lagu tu better dari Getaran Cinta Di Jiwa dan Juwita. Wajah Kekasih pon layak ke semis lepas Arwah Tok Nan pilih untuk drop lagu Rindu Padanya masa semis. Limit 3 lagu je seorg pencipta. Camelia smpai merajuk masa tu kan.
Quote danieladam 13-6-2019 11:02 PM
putehkundor replied at 13-6-2019 10:30 PM
uols ingat tak dulu...ifa puk2 jumpa bomoh sbb sakit, lepas tu tok moh tu kata safura yg guna2 sbb ...

Bukan pasal ex laki safura ke kak teh?
Quote doubleA 13-6-2019 11:10 PM
Dorang ni memang insan seni sejati. Kakpura tu dah tua baru suara semput dulu sedap ok. Safura pernah kahwin dengan hairie kool. Kalau diwhoareyuskan sahih bbnu. Shahrul tu berlakon pun menjiwai watak, memang asal pelakon teater kan so lakonan memang gred A

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.100147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top