Mungkin berita ini agak lambat disiarkan di mana-mana media cetak, elektronik mahu pun media sosial walaupun ia berlaku pada 1 Syawal lagi. Walhal, berita sebeginilah sepatutnya diwar-warkan kerana meletakkan nilai kasih sayang mengatasi wang ringgit. Aktres yang masih merahsiakan penyakitnya, Ardell Aryana membuat kejutan terhadap ahli keluarganya apabila memberikan duit raya dengan cara cabutan bertuah. Ardell menetapkan syarat seorang hanya boleh mencabut satu sahaja sampul duit raya yang tertera dan ianya dimulakan dengan ibunya kemudian ahli keluarga lain. Dapat dilihat keterujaan anggota keluarga Ardell yang ada di antaranya membaca doa sebelum mencabut sampul tersebut serta gelagat anak saudaranya yang comel turut menarik perhatian warganet. Mereka kemudiannya membuka kertas yang tertera jumlah duit raya daripada Ardell dan sangat mengejutkan ialah duit raya tersebut bernilai antara RM300 hingga RM3,000 bagi ahli keluarganya.
Bahagian yang paling dinantikan ialah berapa jumlah duit raya yang dicabut oleh ibunya sendiri lalu kamera menyorot aksi ibunya yang terharu bercampur sebak. Apabila Ardel mengumumkan jumlah wang rayanya ialah RM10,000, semua ahli keluarganya bertepuk tangan tanda terharu. Dengan kapsyen "Duit Raya 2019 keluarga kecil saya", Ardell menyatakan bahawa inilah wajah-wajah yang menjaga dirinya selama setahun ketika sedang terlantar berputus asa dengan kehidupannya. Ahli keluarganya tidak berputus asa memberi semangat, menjaga, merawat dan ia adalah #DuitTabungKumpul3Tahun serta mengharapkan ini bukan tahun terakhir mereka beraya sekeluarga. Ramai warganet yang berasa terharu dengan kemurahan hati Ardell dan itu adalah tindakan yang sewajarnya bagi menghargai ahli keluarganya. Manakala bagi mereka yang mengatakan Ardell boleh berbuat demikian kerana banyak duit, pelakon wanita yang dikatakan intim dengan Nadzmi Adhwa ini mempunyai jawapannya sendiri. Bagi Ardell, kesusahan ibunya membesarkan mereka enam adik beradik dengan status sebagai ibu tunggal, lagi-lagi Mualaf bukanlah satu tugas yang mudah. Namun ibunya mampu memberikan mereka pendidikan menjadi orang berguna. Malahan dia juga sudah bekerja sejak usia 14 tahun lagu kerana dihimpit kesusahan. Jadi, apabila mempunyai rezeki yang lebih, keluarganya diberi keutamaan terlebih dahulu. Jadi berapa pun nilai itu tidak penting kerana ada rezeki orang lain dalam diri kita. "Lagi banyak memberi, lagi banyak kita menerima rezeki. Jangan cakap saya menunjuk ya, sebab apa yang anda lihat adalah apa yang keluarga saya baru merasainya." Pendapat warganet memang berbeza-beza, namun lebih ramai yang menjadikan kemurahan hati Ardell sebagai inspirasi untuk lebih berbakti kepada ibu bapa sendiri. Apa yang penting ialah Ardell telah menyatukan ahli keluarganya serta membuktikan duit bukanlah segala-galanya tetapi dengan duit ia tetap memberi kebahagiaan kepada insan tersayang. - CARI
|
swayne replied at 13-6-2019 12:35 PM
Dia umur berapa ye sebab dia macam muda tapi dia pergi sekolah beli donat rm0.10. Zaman i sekolah ta ...
laksmanabentan replied at 13-6-2019 12:41 PM
kecik jer kot donut tuh... donut comel2 tuk budak2 sekolah...
swayne replied at 13-6-2019 12:35 PM
Dia umur berapa ye sebab dia macam muda tapi dia pergi sekolah beli donat rm0.10. Zaman i sekolah ta ...
Shayang replied at 13-6-2019 04:04 PM
Dia dh tak berlakon, so dia wat bisnes ke ye selama ni.
Nampak mcm dia ade depression sampai jd tan ...
ADVERTISEMENT