Adik kepada pelakon Afdlin Shauki iaitu Jefri Adzman Aksan yang mengalami koma setelah menjadi mangsa kemalangan langgar lari meninggal dunia pada 12 Jun. Perkara itu disahkan oleh Afdlin Shauki melalui entri dalam akaun Instagram miliknya pada hari yang sama. Jefri telah pulang ke rahmatullah pada pukul 5.14 petang setelah terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen minyak Petronas Kota Damansara, Selangor pada 9 Jun lalu. Insiden itu menyebabkan Allahyarham menjadi koma dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang pendarahan dalam otaknya di Hospital Thomson Kota Damansara di mana dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. "Sekarang adik dan boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah seksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. "Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep... Yeop sayang kau jep," tulis Afdlin Shauki dalam entri tersebut.
|
EvieWanKenobi replied at 13-6-2019 01:30 PM
Innalillah.. semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya..
camne arwah eksiden?
hussaini4675 replied at 13-6-2019 03:39 PM
Langgar lari dengarnya. Arwah bawak skuter. Kena langgar dengan myvi hijau.
ADVERTISEMENT