Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Haziq Aziz kononnya dia terlibat dalam skandal video seks lucah yang menggemparkan negara ketika ini. Dalam kenyataan media yang dikongsi melalui laman Facebook rasmi miliknya pada 13 Jun, Timbalan Presiden PKR itu yakin bahawa siri fitnah tersebut merupakan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuhkannya dan memusnahkan karier politiknya. "Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas," katanya.
Beliau juga telah mengarahkan peguam-peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yang membuat tuduhan jahat terhadapnya serta pelaku yang lain. Azmin turut menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka yang dianggapnya sebagai 'pengecut'. Beliau percaya pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil langkah yang perlu berhubung tuduhan berkenaan. Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan media yang disiarkan dalam Facebook pada 12 Jun memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan berunsur lucah di internet. Jelas SKMM, mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Semoga kebenaran akan memihak kepada mereka yang tidak bersalah dalam isu yang sangat panas ini. - CARI |
Asdan replied at 13-6-2019 12:34 PM
macamana nak buktikan orang dalam video adalah dia ?
highcastle replied at 13-6-2019 12:45 PM
Paling mudah, cuba cek CCTV atau rekod penginapan kat hotel berkenaan, ada tak kelibat atau nama d ...
highcastle replied at 13-6-2019 12:45 PM
Paling mudah, cuba cek CCTV atau rekod penginapan kat hotel berkenaan, ada tak kelibat atau nama d ...
laksmanabentan replied at 13-6-2019 01:41 PM
Sandakan bukan kali pertama - Haziq
News | Diterbitkan Hari ini 10:57 pagi | Dikemaskini Ha ...
ADVERTISEMENT