Keghairahan selebriti tempatan bergambar bersama hidupan liar dalam media sosial dikhuatiri mempengaruhi orang ramai untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Bekas peserta program realiti Rockanova, Zarith Sofia Yasin yang didakwa memelihara beruang matahari secara haram dikatakan bukan satu-satunya selebriti tempatan yang membela hidupan liar. Pemerhatian seorang pencinta hidupan liar mendapati beberapa artis terkenal termasuk yang masih kanak-kanak melakukan perkara sama. Pemilik akaun Facebook Bam Arrogancia itu berkongsi tangkap layar akaun Instagram selebriti terbabit bersama hidupan liar pada 12 Jun lalu.
Dia mendakwa perbuatan memelihara hidupan liar di rumah telah menjadi budaya dalam kalangan selebriti tempatan sejak bertahun-tahun dahulu. "Hidupan liar yang mereka bela ada yang dah jadi gila sampai menggigit tangan sendiri kerana cara PENJAGAAN YANG SALAH. "Ada juga yang mencabut bulu sendiri kerana HIDUP DALAM KEADAAN TERSEKSA TERLALU LAMA. "Dan ADA JUGA YANG DAH MATI semasa di bawah jagaan mereka. Yang paling best, bila haiwan itu dah mati, mereka akan beli lagi yang (haiwan liar) baru," luahnya dalam status Facebook berkenaan. Secara sinis, Bam Arrogancia menyindir sikap segelintir selebriti tempatan yang seolah-olah tidak ambil kisah tentang isu kepupusan hidupan liar di Malaysia seperti yang berlaku terhadap badak sumbu Sumatera jantan terakhir bernama Tam, baru-baru ini. "Yang penting bila post kat media sosial, mereka dapat BANYAK LIKE dan semakin RAMAI orang nak jadikan hidupan liar sebagai haiwan peliharaan," katanya. Cara terbaik untuk memastikan hidupan liar tidak pupus adalah dengan membiarkan mereka tinggal di habitat semula jadi yang bebas daripada gangguan manusia. - CARI
|
amirah7 replied at 14-6-2019 11:19 AM
kadang2 kesian tgk haiwan2 yang dipakaikan baju. why weh why. kenapa nak bajukan mereka. Allah dah c ...
amirah7 replied at 14-6-2019 11:19 AM
kadang2 kesian tgk haiwan2 yang dipakaikan baju. why weh why. kenapa nak bajukan mereka. Allah dah c ...
BookerT: napela mak hayam ni semua ske bela monyet....cukupla pangai sesekor mcm monyet kan nyah...
amirah7 replied at 14-6-2019 11:19 AM
kadang2 kesian tgk haiwan2 yang dipakaikan baju. why weh why. kenapa nak bajukan mereka. Allah dah c ...
chicozinn replied at 14-6-2019 12:07 PM
npe nama2 retis tu xdidedahkan?yg monyet tu meollss tau timoh kembong ade bela sekor..even kucing pu ...
ADVERTISEMENT