Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei secara rasmi mengumumkan persaraannya dari arena badminton negara selepas 19 tahun berjuang dalam bidang itu.
Keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat doktor berkenaan keadaan kesihatannya. "Keputusan yang dilakukan ini sangat sukar untuk dilakukan dan saya mengambil masa selama sebulan sebelum memutuskan untuk bersara. "Sepatutnya saya merancang untuk bersara selepas sukan Olimpik di Tokyo pada tahun depan namun tidak dapat dilakukan kerana masalah kesihatan tidak mengizinkan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong saya sepanjang karier selama 19 tahun," katanya sambil menangis kepada MalaysiaKini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya selama ini dan juga kepada jurulatih Datuk Misbun Sidek di atas segala tunjuk ajar yang diberikan sehingga menjadikannya pemain nombor satu di dunia. Suasana sebak sangat dirasai pada sidang media khas tersebut, antara yang hadir adalah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
|
Simunggu replied at 13-6-2019 03:55 PM
kasian kempunan juara Olympic
apa apa hal pun tahniah & well done
ADVERTISEMENT