Berang melihat perbualan antara isteri dengan lelaki lain menerusi aplikasi WhatsApp, lelaki tergamak memukul wanita itu dengan kayu batang penyapu, penyangkut baju dan bulu ayam.
Utusan melaporkan, kejadian berlaku di rumah mereka di Taman Saga, Mentakab, semalam. Malah, pada jam 7 petang, Isnin lalu, suspek berusia 32 tahun itu juga dikatakan mencucuh isterinya menggunakan puntung cerut. Ketua Polis daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood mengesahkan anggota polis dikerahkan untuk menahan suspek sejurus menerima laporan mengenai kejadian, semalam. Hasil siasatan, suspek dan isterinya yang juga kakitangan awam sudah mendirikan rumah tangga lebih kurang enam tahun. Suspek yang juga seorang kontraktor mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain selepas membaca WhatsApp yang dikirimkan seorang lelaki.
“Suspek marah apabila mendapat tahu hubungan sulit tersebut dan bertindak memukul pengadu,” katanya. - CARI
|
manehnya replied at 13-6-2019 03:33 PM
apa laa yg dibualkan dlm perbualan tu yg angin sgt tu kan
kroit92 replied at 13-6-2019 07:03 PM
sedih, tapi hakikatnya, memang banyak kes curang sekarang ni
terlalu banyak kes.. teerrrlaaalu laah ...
Asdan replied at 13-6-2019 03:47 PM
sebab itu jangan ambil tahu kandungan phone bini/laki, tiap orang ada rahsia,
hati pun tenang
kroit92 replied at 13-6-2019 07:03 PM
sedih, tapi hakikatnya, memang banyak kes curang sekarang ni
terlalu banyak kes.. teerrrlaaalu laah ...
Asdan replied at 13-6-2019 03:47 PM
sebab itu jangan ambil tahu kandungan phone bini/laki, tiap orang ada rahsia,
hati pun tenang
Pink_Purple replied at 13-6-2019 09:12 PM
dah tahu bini curang..ceraikan je..
cari bini baru..poket tebal ramai pompuan nak.
Mahathirina replied at 13-6-2019 09:18 PM
Aku yakin yang dalam kes ni jantan tu yang buat alasan camtu.
Standard la kat Malaya ni rata2 ...
Pink_Purple replied at 13-6-2019 09:21 PM
tu la pasal..
dah la jadi biawak hidup, makan semua ditanggung..ada hati pukul bantai bini..
Mahathirina replied at 13-6-2019 09:25 PM
Yang bekerja macam babi ni pulak punya la nak berlagak kat bini. Aku saspek kes biasa je nak paka ...
ADVERTISEMENT