30 April lepas, Nourul Depp selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella. Pejam celik pejam celik dah habis pun berpantang.
Nak kongsi rasa kegembiraan hari terakhir, Nourul ada memuat naik video menunjukkan dia mandi bunga.
Tak kisahlah nak promosi pakej berpantang yang dimabil tapi nampaknya ramai tak senang sebab penyanyi ini selamba je berkemban. Agak seksi di situ ya. Boleh terbeliak orang tengok sebab menampakkan benda-benda tak patut. Apa lagi memang kena hentam. Ada yang kata Nourul tak tahu malu. "Tak payah nak tayang, tak selera pun tengok." Tak kurang juga yang mempersoalkan tentang suaminya yang tak tahu nak tegur aurat isteri. Bagaimanapun isteri kepada usahawan Perancis ni tak melatah pun, sebaliknya membalas komen-komen dengan baik. Eloklah tak melatah. Kalau orang tegur tu terima jelah, kalau tak boleh terima teguran janganlah tayang. Kan? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|