|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun kritikal akibat dihempap tingkap yang terjatuh dari tingkat 20. Kejadian yang berlaku Futian, Shenzhen, China, menyaksikan mangsa sedang berjalan dengan ibunya.
Dengan tiba-tiba sahaja dia dihempap dengan tingkap membuatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian gempar. Sohu melaporkan, insiden terbabit turut dirakam oleh CCTV premis berhampiran. Akibat hentakan kuat, mangsa tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan di kepala.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Perubatan China untuk rawatan kecemasan. Keadaannya kritikal dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca tingkap tersebut terjatuh dari tingkat 20. Menurut sumber lain, ia mungkin terjatuh ketika pemilik rumah cuba membuka tingkap. Pihak pengurusan bangunan juga menyatakan tingkap di bangunan itu sudah usang. -CARI
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074399 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.