Di Malaysia, antara isu yang hangat jika melibatkan hospital kerajaan pastinya isu jururawat mulut puaka, biadab dan sebagainya dengan pesakit. Tetapi, walaupun jururawat di Malaysia kebanyakannya garang-garang, kerja mereka tetap dijalankan dengan sempurna.
Berbeza dengan fenomena di luar negara. Layanan yang diberikan jururawat di sana memang baik dan pesakit pun jadi lebih tenang. Tapi, hati-hati! Mungkin dalam kelompok jururawat mereka, ada yang tidak ikhlas menjalankan tugas atau mungkin ada yang memendam rasa. Baru-baru ini, seorang jururawat bernama Lucy Letby telah ditangkap di sebuah hospital di United Kingdom atas tuduhan membunuh 17 orang bayi sejak tahun 2015. Gadis yang berusia 28 tahun ini merupakan graduan Jururawat Kanak-kanak dari University of Chester dan telah bekerja di hospital itu sejak 2011 lagi. Dia pernah menyatakan dia sangat sukakan kerjaya tersebut. Berikutan jumlah kematian bayi yang tinggi mendadak antara Mac 2015 hingga Julai 2016 di Hospital Chester, pihak hospital sendiri telah meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan. Alternatif ini diambil apabila pihak siasatan dalaman medik sendiri berasa hairan dengan kematian bayi pra-matang yang mengalami kegagalan jantung dan paru-paru yang kebiasaannya boleh diselamatkan melalui proses resusitasi. Laporan lanjut siasatan kes mendapati terdapat kesan tompokan aneh pada lengan dan kaki bayi-bayi itu selepas kematian mereka. Namun, oleh kerana puncanya tidak dapat dikenal pasti, pihak polis dipanggil untuk membantu siasatan. Pihak polis berjanji bahawa pihak keluarga bayi-bayi yang telah meninggal di hospital itu akan menerima segala info terkini berkenaan siasatan kes tersebut. Sementara itu jururawat itu berada di dalam tahanan reman bagi membantu siasatan sementara pihak polis turut memeriksa kediamannya. |
ADVERTISEMENT