CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sandwich Indomie Goreng? Menu Mi Segera Ini Pasti Buat Anda Meleleh Air Liur!

17-6-2019 01:56 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4278| Komen: 18|Original author: Oleh: intan

Buat penggemar mi segera, pasti anda pernah menjamah Indomie kan? Tidak dinafikan, mee segera jenama Indomie memang sedap tambah-tambah untuk varian Indomie goreng. Lupakan Samyang dan Maggi, Indomie kini telah melangkah ke satu tahap baru iaitu sandwich Indomie goreng !

Sandwich mee segera?
Sekumpulan pelajar di Sydney telah mengorak langkah memperkenalkan varian sandwich unik yang menggunakan mee segera Indomie goreng. Ternyata, resipi tersebut telah mendapat sambutan hangat malah telah tercalon dalam Sydney's Best Sandwich 2019 oleh Good Food, sebuah laman web makanan dan gaya hidup di Australia.


Bermula sebagai menu 'limited edition', kini sandwich Indomie goreng telah dijadikan menu utama kerana sambutannya yang hangat di kalangan penduduk tempatan. Kafe yang dikenali sebagai Dutch Smuggler Coffee Brewers yang telah diusahakan oleh sekumpulan pelajar telah membawa masuk resipi tersebut ke dalam rangkaian menu kafe mereka pada tahun 2017 dan masih 'hit' sehingga kini.

Terdapat 3 jenis varian sandwich Indomie Goreng iaitu melted cheddar cheese, fried eggs with runny yolk dan topped off with a signature spicy mayonnaise. Yummy!

Harga bermula dari 9.50 Australian Dollar (RM28++)



Menurut DailyMail, harga sandwich Indomie goreng bermula dari 9.50 Australian Dollar ataupun lebih kurang RM 28. Boleh tahan juga ya. Kalau di Malaysia mee segera dijadikan 'murtabak', mungkin pengusaha tempatan boleh cuba menu terbaru inspirasi daripada sandwich Indomie goreng ini! -CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puanbintang 17-6-2019 02:39 PM
terliur nengok cheese nya aje..macam cair dimulut gitu..
Quote Artemesiaa 17-6-2019 02:51 PM
Nampak menarik boleh ler cuba
Quote aleesyasofia 17-6-2019 03:10 PM
kalo sdp ok jer..
Quote paz 17-6-2019 04:03 PM
Roti Carbo, mi pun carbo... ok nampak sedap tp hazard dimakan.
Quote NoraAnne 17-6-2019 05:01 PM
Menarik jugak ni..ku suke mee sedap goreng tu
Quote tajmahal 17-6-2019 08:46 PM
double calories ni, habis diet macam ni
Quote dani-rox 17-6-2019 09:02 PM





Quote missycutie 17-6-2019 09:55 PM
Ermmmm..yummy.. nampak sedap nih
Quote angel.dust 17-6-2019 11:09 PM
ohmai nmpak sedap tu. {:childlike
Quote hasniey 18-6-2019 12:28 AM
Edited by hasniey at 18-6-2019 12:31 AM

Kt jepun dh lama mkn mee dgn roti.tp bukan roti 4 segi.roti hotdog tuu.yakisoba pan.
Tp guna indomie ni lg nmpk menarik.siap dgn telur
Quote honeystar_11 18-6-2019 02:27 PM
Errkkk macam tak kene di tekakku, roti + maggi goreng. Tekak masing2 la tapi
Quote rynamarina 18-6-2019 06:16 PM
tetibe rase mcm nk bukak warung niaga murtabak meggi je kt aussie
Quote lee_sakura 19-6-2019 08:26 AM
dh jadi tak berkhasiat plak
Quote azimodin 19-6-2019 10:00 AM
dalam banyak2 instant mee goreng aku rasa indomie ni yang paling sedap. tambah telur mata goyang, makan dengan cili padi potong mmg umphhh
Quote PuanAbby 19-6-2019 12:59 PM
Sandwich letak mac n cheese pernah la tgk
Quote CikB 19-6-2019 04:17 PM
ada resepi tak
Quote Foxey 19-6-2019 06:58 PM
Mee letak dalam roti sedap ke? Tak cepat muak ke?
Quote PuanAbby 19-6-2019 08:35 PM
Makan sepotong dah kenyang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069374 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top