|
Apa nak jadi dengan pelajar masa sekarang yang hilang adab sehingga sanggup bertindak menikam gurunya sendiri. Memetik laporan Harian Metro, seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah agama di Kuala Langat dikatakan menikam guru kaunseling sekolah berkenaan.
Malang sekali, kejadian turut berlaku ketika mangsa sedang tidur di sebuah bilik asrama di situ. “Motif kejadian dipercayai pelajar lelaki itu tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan buang sekolah. “Pelajar itu dipercayai menikam mangsa di tangannya tiga kali,” kata sebuah sumber kepada akhbar berkenaan. Bukan itu sahaja, kejadian terbabit turut menjadi tular di grup Whatsapp PIBG sekolah itu. “Polis masih menunggu keadaan mangsa stabil untuk direkodkan keterangan. “Kejadian dipercayai berlaku di antara suspek dan mangsa, jadi polis harus menyiasatnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Azizan Tukiman. - CARI |

Lengkong replied at 18-6-2019 03:33 PM
Salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga kematian mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
kluangman replied at 19-6-2019 04:23 PM
Bolehlah sekolah kat Henry Gurney
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039687 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.