Ada adik-beradik lebih daripada dua orang ini biasalah, tapi yang luar biasanya apabila adik-beradik kembar tiga. Tular di Twitter apabila pengguna ini memuat naik gambar adik-beradiknya. Bukan sahaja kembar tiga bahkan muka mereka tiada perbezaan langsung! Macam copy & paste.
Yang sulung ialah Iqbal, kedua ialah Hambal manakala yang bongsu pula ialah Haikal. Tuan yang memuat naik gambar mereka ini ialah si bongsu iaitu Haikal. Muka mereka semasa kecil memang serupa, mesti makcik dan pakcik mereka keliru nak bezakan mereka.
Ingatkan semasa kecil sahaja adik-beradik ini seiras, tapi apabila dah besar pun muka mereka tidak menunjukkan sebarang perbezaan! Haikal turut berkongsi bahawa ibu bapa mereka juga kadang-kadang keliru nak panggil mereka dengan nama yang mana. Bayangkanlah payahnya nak membezakan muka mereka bertiga apabila mereka turut mengenakan pakaian yang sama. Mesti ada yang tersilap panggil nama. Netizen yang lihat gambar adik beradik ini rata-ratanya terhibur sehingga tweet ini dikongsi sebanyak 30,000 kali. Netizen turut melahirkan rasa keliru nak membezakan mereka. Siap ada yang kata muka mereka ini telah diphotoshopkan! Rakan universiti kembar tiga ini juga turut berkongsi kisah menarik dia apabila terserempak dengan mereka banyak kali sewaktu di fakulti dan kafeteria. |
cicicumel replied at 18-6-2019 09:31 PM
kembar ni mmg sama luar dalam ke? heheh
ADVERTISEMENT