Kempen pengurangan barangan plastik di kalangan pengguna semakin mendapat sambutan dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Begitu juga dengan penggunaan penyedut minuman yang dahulu dan kini masih dianggap benda wajib ada jika membeli minuman.
Namun kini semakin ramai rakyat Malaysia terutamanya mula berhijrah dari penggunaan 'straw' plastik kepada penyedut minuman besi, buluh dan sebagainya. Syabas diucapkan! Lain pula bagi sebuah restoran di Thailand yang diberi nama Brocolli Revolution yang menawarkan penyedut minuman daripada sayuran kangkung! Wah, menarik! Pemilik restoran itu juga telah mengharamkan penggunaan 'straw' plastik dan menyediakan penyedut minuman daripada kangkung kepada pengunjung. Jika tidak mahu, mereka boleh membeli penyedut minuman besi, kaca dan buluh yang disediakan di kafe tersebut ataupun terus minum daripada cawan. Boleh terus makan Penyedut minuman tersebut bukan sahaja boleh menggantikan penggunaan 'straw' besi disebabkan keupayaan biodegrasinya yang tinggi malah boleh dijamah dan dijadikan snek. Cool giler! Diharap pengusaha restoran dan kafe di Malaysia boleh mengambil contoh dalam usaha mengurangkan penggunaan barangan plastik di Malaysia. Kangkung pun senang didapati di Malaysia, jadi tiada alasan lagi! -CARI
|
kelapaparut replied at 19-6-2019 11:54 AM
I rase straw ni x effect ape2 pun, xperlulah over acting sampai susahkan org, pencemaran lain byk lg ...
buapakperut replied at 19-6-2019 07:58 PM
zaman sekarang masih ada jahiliyah yang berkitabkan mastika majalah behwa kangkung ada lintah
ADVERTISEMENT