Remaja perempuan didakwa membunuh kawan baiknya sendiri selepas ditawarkan ASD9 juta (RM37.64 juta) untuk membunuh seseorang. Memetik The Sun, Cynthia 'CeeCee' Hoffman, 19, ditembak di belakang kepala sebelum mayatnya dicampakkan di sebuah sungai di Alaska.
Suspek, Denali Brehmer, 18, didakwa dibantu empat remaja lain untuk merancang dan melaksanakan pembunuhan itu. Pihak pendakwaan percaya Denali terpedaya dengan Darin Schilmiller, 21, yang menyamar sebagai seorang jutawan bernama 'Tyler' di laman sosial dan menawarkan ganjaran jutaan dolar sebagai pertukaran gambar pembunuhan terbabit. Ketika disoal siasat ejen persekutuan pada 10 Jun lalu, lelaki itu mengakui menjadi dalang di sebalik rancangan pembunuhan berkenaan. Berikutan itu, Denali, Kayden McIntosh, 16, dan Caleb Leyland, 19, bersama dua lagi rakan mereka ditahan dan didakwa atas pembunuhan tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati Denali menghantar video serta gambar mangsa sebelum dan selepas dia dibunuh menerusi aplikasi Snapchat kepada Schilmiller. Menurut keluarga mangsa, Cynthia mengalami masalah kesihatan mental seperti kanak-kanak berusia 12 tahun dan menyifatkan Denali sebagai kawan baiknya. Difahamkan, mangsa diperdaya Denali dan empat remaja lain kononnya untuk mengikuti mereka melaksanakan trip kembara ke Thunderbird Falls di Chugiak pada 2 Jun lalu. Sejurus tiba, mangsa diikat dengan dengan pita pelekat sebelum ditembak dan mayatnya dicampak ke dalam sungai. - CARI
|
Difahamkan, mangsa diperdaya Denali dan empat remaja lain kononnya untuk mengikuti mereka melaksanakan trip kembara ke Thunderbird Falls di Chugiak pada 2 Jun lalu.
Artemesiaa replied at 18-6-2019 02:53 PM
Jadi mental sanggup membunuh disebabkan wang tampa fikirkan bakal dihukum bila ditangkap
ainashiqa replied at 18-6-2019 02:51 PM
Dunia semakin gila dgn kejam.
ADVERTISEMENT