Muzik dan genre nasyid sememangnya sinonim dengan masyarakat kita sejak dulu lagi. Sekitar penghujung 90-an sehingga awal tahun 2000an, bagai suatu fenomena apabila lagu nasyid diterima secara meluas oleh semua pihak.
Banyak lagu yang bukan sahaja menyentuh hati, malah dapat memberi keinsafan. Ia tidak pernah pula pudar daripada hati masyarakat meskipun tiada lagu baharu yang dihasilkan. Semalam, menerusi rancangan MeleTOP, kumpulan nasyid bertaraf legenda, Raihan dijemput bagi berkongsi perkembangan terbaharu mereka. Ia sekaligus mengubat kerinduan ramai peminat terutama sejak lagu Sesungguhnya 2019, nyanyian bersama Aliff Satar menjadi tular sejak Ramadan baru-baru ini.
Pun begitu, yang menjadi perhatian penonton, apabila pengacaranya Neelofa tersalah tajuk lagu 'Sepohon Kayu' yang disangkakan nyanyian Raihan. Walhal ia merupakan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid lain iaitu Saujana. Apa lagi, rakan pengacara Nabil mulalah 'membahan' Neelofa. Hai takkan tak tahu ya! Di ruangan komen di media sosial turut tidak terkecuali komen bercampur baur di kalangan peminat. Mereka berkata Neelofa sudah banyak kali 'kantoi' tidak membuat research terlebih dahulu. Betulkah? Apa pun, tak perlulah diambil terlalu serius. Bukankah ia rancangan hiburan, mungkin kesalahan pun disengajakan? - CARI
|
msdummy.2018: bila masa si lopak nie buat research sblum go on live? dah banyak kali dah pun berlaku sblum nie....kak pam hanis mengacara pun lebih bagus...xder pun ...
friedfishsoup replied at 19-6-2019 06:12 PM
Kak pam Hanis? Hanis Zalikha kan?
Sebab ada lagi satu kak pam hanis- Hanis haizi
msdummy.2018 replied at 19-6-2019 06:39 PM
damn sorry..i salah guna code korang ker? sorry sis...i was refer to HZ..correct
friedfishsoup replied at 19-6-2019 06:12 PM
Kak pam Hanis? Hanis Zalikha kan?
Sebab ada lagi satu kak pam hanis- Hanis haizi
haruslah replied at 19-6-2019 07:33 PM
Sebenarnya lagu sepohon kayu bukan lagu saujana yg sebenar pon
X silap aku laaa....
ADVERTISEMENT