|
Sam Bunkface dah bercerai pada penghujung Januari lalu dengan Aida Azira Hussin. Kata Aida, perpisahan itu dibuat atas persetujuan bersama memandangkan dah tak sehaluan dan tiada persefahaman.
"Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. "Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu, "katanya kepada Harian Metro. Tambah Aida yang juga seorang penerbit rancangan, dia mengeumumkan berita ini agar tiada lagi kekeliruan jika ramai yang masih menganggap mereka suami isteri. Sebelum ini dah kecoh juga bila Sam padam gambar-gambar dengan Aida di Instagram. Alasannya nak gunakan IG sebagai platform untuk kerjaya sahaja. Mereka kahwin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak, Maleeq yang berusia dua tahun. -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.332069 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.