CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebaknya, Bapa Maut Terjun Tasik Demi Selamatkan Anak

22-6-2019 10:10 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5411| Komen: 36|Original author: Oleh: Nia M

Kalau disebut soal kasih sayang terhadap anak, pastinya nama ibu yang disebut-sebut. Kita semua tahu kasih ibu sampai ke syurga. Tapi, jarang yang ingin menyentuh tentang kasih ayah sedangkan ayah juga tak kurang kasihnya.

Begitulah dalamnya kasih seorang ayah, Christopher Schultz, 31 tahun, terhadap anaknya yang berusia 3 tahun apabila sanggup mengorbankan nyawa demi anak tercinta.

Kredit foto: GoFund

Insiden ini berlaku pada hari Sabtu, di mana Christopher membawa anaknya, Ashton ke tasik Detroit, Minesota untuk aktiviti memancing, sejurus sebelum Hari Bapa.

Mereka ketika itu sedang berdiri di jambatan, asyik melihat ikan di dalam tasik. Namun, malang tidak berbau. Anaknya tiba-tiba jatuh ke dalam tasik itu menyebabkan Christopher terus terjun untuk menyelamatkan Ashton tanpa berfikir panjang. 

Christopher sempat menarik anaknya dan memegang serta mengangkatnya sedikit tinggi dari permukaan air untuk menyelamatkannya. Namu, Christopher tidak dapat bertahan lama lalu tenggelam masuk ke dalam air, tetapi orang awam sempat menarik anaknya ke atas. 


Menurut saksi kejadian, itulah kali terakhir mereka melihat Christopher dan dia tidak lagi timbul ke permukaan air. Pihak polis hanya menemui mayat Christopher 40 minit setelah menggunakan khidmat juruselam. 

Christopher diisytiharkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Dia meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Chesie, dan 4 orang anak, di mana anak mereka yang paling bongsu baru berusia 1 tahun. 

Kredit foto: GoFund

Menurut Chesie, suaminya adalah seorang hero dan sekalipun jika ia bukan anaknya, Christopher pasti akan tetap menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Chesie bersyukur anaknya masih ada sebagai tanda kenangan mereka. 

Tindakan Christopher itu dipuji oleh sahabat terdekat dan keluarga kerana tak semua orang memiliki keberanian dan hati yang mulia sebegitu. 

Benarlah kasih ayah ke hujung nyawa. Semoga Chesie sekeluarga tabah meneruskan kehidupan. - CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Amigurumi


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mongoose_kidz 22-6-2019 10:17 AM
sedihnya
sungguh kasih syg ayh mmg setanding ngan ibu...kita je x nmpak/x diwar2kan
Quote xtravaganza 22-6-2019 10:27 AM
Sedihnyaa.. jgn anak dh bsr rs brslh sudah..
Quote RatuDunia94 22-6-2019 10:42 AM
Kalau dlm drama.. si ashton tu akan dipersalahkan oleh maknya n adik beradik lain.. then dibenci seumur hidup..
Quote sayawifenikmie 22-6-2019 10:42 AM

dari gambar -- nampak sangat keluarga bahagia dan ibu bapa yg penyayang  ----  sedih.
Quote Knowlee 22-6-2019 11:26 AM
Ayah yg baik selalu pegi dulu...  
Quote nono86 22-6-2019 11:38 AM
Sedih nya. {:cryrun
Quote barfi 22-6-2019 11:39 AM
Knowlee: Ayah yg baik selalu pegi dulu...

{:cryrun{:cryrun
Quote Seenia 22-6-2019 12:40 PM
Quote putericahaya999 22-6-2019 12:43 PM
Kalau baik takyah lah bawak budak tu memancing
Quote putericahaya999 22-6-2019 12:45 PM
Kalau baik takyah lah bawak budak tu memancing
Quote EvieWanKenobi 22-6-2019 01:22 PM
dia memang hero sejati..
Quote grouper 22-6-2019 01:28 PM
Biasa org putih pandai berenang..
Quote nononcrux 22-6-2019 01:40 PM
sebaknye.. kalau aku pon buat benda yg sama..
Quote aleesyasofia 22-6-2019 03:21 PM
bapa mana tak sayang anak kan..
Quote iminidin 22-6-2019 04:01 PM
dah ajal .. kasih ayah sepanjang hayat... {:cryrun
Quote moonbug 22-6-2019 05:35 PM
What a tragic ending, sehari sebelum hari bapa pulak tu
Quote cahaya_almas 22-6-2019 06:37 PM
Huwaaaa i is sedihhhh.....semoga anak2 membesar dgn sihat...
Quote Minami2013 22-6-2019 06:57 PM
Anak kecik2 lagi.. kesian nya lah
Quote Dewa19XKangen 22-6-2019 07:04 PM
tabik kat ang brader..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053411 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top