Tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine dinamakan sebagai suspek-suspek yang mendalangi insiden menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur lima tahun lalu. Memetik laporan Deutsche Welle pada 19 Jun, salah seorang suspek ialah Igor Girkin atau Strelkov yang merupakan bekas pegawai berpangkat Kolonel dalam agensi risikan Rusia, FSB. Girkin kemudian berkhidmat sebagai 'menteri pertahanan' Republik Donetsk yang hanya diiktiraf oleh puak pemberontak Ukraine. Dua lagi warga Rusia ialah pegawai perkhidmatan risikan pemberontak Ukraine, Sergey Dubinsky dan bekas pegawai tentera Rusia, Oleg Pulatov manakala warga Ukraine terbabit ialah Leonid Kharchenko yang mengetuai satu unit puak pemberontak ketika insiden itu berlaku.
Nama-nama mereka diumumkan oleh Ketua Polis Belanda merangkap wakil Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) insiden MH17, Wilbert Paulissen di The Hague, Belanda pada 19 Jun. Dengan pengumuman itu, Belanda telah memulakan prosiding jenayah terhadap empat suspek berkenaan dan mereka akan mula dibicarakan atas kesalahan membunuh di negara berkenaan pada Mac 2020. JIT juga memaklumkan mereka akan mengeluarkan waran tangkap antarabangsa ke atas semua suspek dan terdapat kemungkinan mereka tidak tahu objek yang disasarkan adalah sebuag pesawat penumpang. "Walaupun itu rancangan asal mereka, kami masih menganggap mereka bertanggungjawab kerana menembak jatuh pesawat MH17," kata mereka. Sementara itu, Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat untuk mencemarkan nama baik Rusia di peringkat antarabangsa. Strelkov ketika berkata kepada agensi berita Rusia, Interfax menafikan tuduhan berkenaan dan menegaskan pemberontak tidak menembak jatuh pesawat Boeing terbabit. Pengumuman JIT itu pastinya memanaskan iklim politik antarabangsa memandangkan Rusia yang merupakan salah satu kuasa besar dunia dijangka akan mempertahankan rakyatnya daripada ditahan untuk dibicarakan di Belanda. - CARI |
AbukRokok: ok..xckup gaduh dgn Trump kita gaduh plak dgn Putinperfect tp better gaduh dgn Putin dari Gaduh dgn Hillary Clinton... mau kne regime change ...
hussaini4675 replied at 20-6-2019 03:46 AM
Pendakwaan oleh kerajaan Belanda sebab majoriti yang terkorban rakyat depa
nazzse: so Malaysia sebagai apa?
hyie: lama betul kes ni ya...370 pon on off
JohnnyCastle: <a href="https://media.malaymail.com/uploads/articles/lim-lip-eng1-240813.jpg" target="_blank">https://media.malaymail.com/uploads/articles/lim-lip-eng1-240813.jpg</a>
ADVERTISEMENT