CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tuhan Bagi 'Anu' Untuk Digunakan" - Sepasang Kekasih Ghairah Beraksi Dalam Pesawat

20-6-2019 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9574| Komen: 42

Sepasang kekasih mengejutkan penumpang sebuah pesawat termasuk kanak-kanak dengan aksi panas mereka ketika dalam penerbangan dari Dublin ke Turki, Sabtu lalu.

Menurut laporan Dublin Live, lelaki dipercayai berasal dari Dublin, Ireland itu melakukan adegan intim dengan teman wanitanya selepas beberapa kali dihalang daripada memasuki bilik air bersama.



Kredit foto: Getty Images

Bukan itu saja, lelaki terbabit turut didakwa membuang air kecil di luar pintu bilik air menyebabkan ia mengalir hingga ke tempat duduk penumpang.

Menurut seorang saksi, teman wanita lelaki terbabit merenung ke arah penumpang di dalam pesawat itu ketika mereka ghairah melampiaskan nafsu.

Permintaan seorang ibu dan anak kecilnya supaya pasangan itu menghentikan perbuatan jijik mereka ditempelak lelaki terbabit dengan kata-kata jelik.

"Tuhan beri saya 'anu' untuk digunakan," ujarnya.


Difahamkan, seorang wanita yang duduk di hadapan mereka terpaksa membawa tiga anaknya untuk berpindah ke tempat duduk pramugari dan menarik langsir untuk menghindari pemandangan menjelikkan itu.

Satu rakaman menunjukkan pasangan itu ditahan polis sebaik pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Izmir.


Kredit foto: Getty Images

Bagaimanapun, mereka kemudian diercayai dibebaskan selepas kelibat pasangan itu dilihat berhampiran hotel di mana kebanyakan penumpang terbabit menginap. - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • schabella


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote schabella 20-6-2019 01:42 PM
Tak mnyempat2 nk buat..
Quote chinta89 20-6-2019 01:43 PM
lepas mcm tu je???
Quote JohnnyCastle 20-6-2019 01:46 PM
etis habaq manusia berevolusi.....tu yang wujud budaya bersemburit...mewarisi tabiat binatang...wakakakakakakkakaka
Quote sharlenetexas 20-6-2019 01:47 PM
Mohon kena ban dari menaiki pesawat. Menyusahkan orang lain. Kesian kena tahan bau hancing.
Quote Abot 20-6-2019 01:47 PM
layak di panggil anjir!
Quote crazybeach 20-6-2019 01:48 PM
guess what? tuhan pun bagi kau "otak" untuk digunakan
Quote sitilu 20-6-2019 01:49 PM
JohnnyCastle replied at 20-6-2019 01:46 PM
etis habaq manusia berevolusi.....tu yang wujud budaya bersemburit...mewarisi tabiat binatang...waka ...

selit, jgn tak selit

bagi cai gay dododlgumukbabi tu terbakar lagi


Quote cmf_almondpecan 20-6-2019 02:04 PM
schabella replied at 20-6-2019 01:42 PM
Tak mnyempat2 nk buat..

Mungkin target dia nak buat kat atas plane masa terbang tinggi. Mile high club.
Quote ikanmasin 20-6-2019 02:16 PM
perangai ntah apa2.tak hormat org sampai tak menyempat2 nak tut bagai
Quote RatuDunia94 20-6-2019 02:37 PM
Org tgn beromen jgn dikacau..  hahaha..
Agaknya teringin nk beromen atas awan.. feel dia lain kot..
Quote seri_mawr 20-6-2019 02:43 PM
amik la business class luas sikit....
Quote Artemesiaa 20-6-2019 02:50 PM
Kalau setakat kena warning dan dilepas tak mustahil mereka akan terus berperangai sebegitu lagi nanti
Quote EvieWanKenobi 20-6-2019 02:55 PM
nauzubillah.. jangan la terjumpa spesis macam ni..
Quote pokaibanktokyo 20-6-2019 03:17 PM
Monyet tul sekor sekor
Quote beta_carotene 20-6-2019 03:18 PM
Beromen aku xkisah sgt
Yang kencinh smpai mengalir kt tempat duduk penumpang tu mmg anjing
Quote Ratutulip 20-6-2019 03:19 PM
tk myempat2 nk tunggu samp destinasi.... dkt kerusi sempit tu jugak nk ditala aduyaiii manusia
kesian bdk2 yg ada tu saksikn adegan tk sesuai
Quote cik_nit 20-6-2019 03:22 PM
ini macam punya oarang pun ada ke? Macam binatang punya perangai..
Quote wanokakaka 20-6-2019 03:35 PM
EWWW xmalu ke org tgk ko tgh bersama..
Quote iznanaziz 20-6-2019 03:41 PM

ntahnya, tunggu le sampai hotel dulu.
memalukan je.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.102499 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top