CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Google Cadang Pindah Kandungan Video Kanak-kanak Ke YouTube Kids

26-9-2019 11:02 AM| Diterbitkan: Fatyzana| Dilihat: 2513| Komen: 6|Original author: Oleh: Fatyzana

Kredit foto: Twitter Amanz

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, itulah yang boleh dikaitkan dengan lambakan kandungan video di YouTube. Tidak kira usia bayi, tua dan muda, YouTube kini menjadi platform rujukan dan tontonan utama.

Lambakan kandungan yang tidak terkawal ini dikhuatiri akan menjejaskan akhlak dan minda kanak-kanak. 

Oleh itu, pihak YouTube bercadang untuk memindahkan semua kandungan khususnya buat tontonan kanak-kanak ke satu platform khusus. 


Kredit foto: Google

Platform YouTube Kids sebenarnya telahpun tersedia melalui aplikasi Google Playstore dan App Store. Namun, platform ini bukanlah menjadi pilihan utama orang dewasa berikan kepada kanak-kanak untuk tontonan mereka.


Menurut Wall Street Journal, cadangan ini masih lagi sedang dibincangkan secara tertutup oleh unit eksekutif di Google.

Idea memindahkan kesemua kandungan kanak-kanak ke YouTube Kids ini dibuat sebagai langkah menjaga ketenteraman kanak-kanak. Hal ini berikutan banyak berlaku kes tidak bermoral pada halaman YouTube.

Beberapa tenaga kerja di YouTube juga dikatakan telah mencadangkan agar mematikan kesemua fungsi 'autoplay' pada platform berkenaan. Fungsi ini membuatkan ibu bapa risau sekiranya anak-anak dibiarkan menonton video tanpa pengawasan.

Walau bagaimanapun, proses pemindahan kandungan ini belum diberikan sebarang tarikh perlaksanaan. 

Dengan pengalihan kandungan video kanak-kanak ini diharap dapat mengelakkan daripada kata-kata kesat dan unsur keganasan atau imej seksual daripada senarai carian.

Lepas ni, bolehlah ibu bapa senang hati nak beri anak-anak guna telefon pintar mereka. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk menghadkan penggunaan gajet untuk anak-anak ya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 26-9-2019 11:38 AM
setuju sangat....patut dari dulu separate child friendly  content...

Quote minahmanja 26-9-2019 12:03 PM
iols setuju.. cpt skit apply pls..
Quote Artemesiaa 26-9-2019 12:35 PM
Cadangan yang baik kids untuk kids tak perlu campurkan dengan yang dewasa
Quote RatuDunia94 26-9-2019 12:48 PM
Mana taknya..
Yg maknya suka layan "10 best kisses in Kdrama, Top 5 Hot Scenes in Hollywood Movies "..
Bapaknya plak baru layan "tutorial membesarkan zakar, Cewek Indo Goyangan Maut Depan Kakek2"..

Pastu bagi anak layan youtube upin ipin, didie n friends. Tup2 keluar suggestion video org tgh beromen.. budak tu pon klik n layannnn...
Quote dekmieDandy 27-9-2019 10:23 AM
anak sedara iolls boleh cakap tiap hari tengok kids youtuber ni, espacially toys review

sib baik dia tak suruh belanja toys tu
Quote Bunggah 3-10-2019 05:52 PM
Ok je. Dah download pon youtube kids.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.101866 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top